“Saya dah berniaga kedai makan hampir tiga bulan, jualan yang paling tinggi hanya pada dua minggu pertama waktu saya mula beroperasi. Saya tak mampu bertahan sebab nak kena bayar sewa kedai, bil utiliti dan pekerja. Selang beberapa kedai juga kedai makan tetapi pelanggan mereka hari-hari ramai. Saya buntu”
Ini adalah antara masalah peniaga yang selalu saya dengar. Ironinya, ramai mempunyai masalah . “Masalah mereka sama, tiada pelanggan“.
Pelanggan ini asas dalam menjual. Transaksi hanya berlaku jika ada penjual dan pembeli. Vince Lombardi, pernah menyebut :
Kita mengambil masa sebulan untuk mencari pelanggan,
Tetapi sesaat untuk kehilangan seorang pelanggan.
Hakikatnya, pengalaman pelanggan [customer experience] adalah pengukur sama ada mereka akan kembali membeli dan terus membeli lagi dengan anda!
Satu kajian yang dijalankan oleh Super Office menyebut bahawa, 86% pelanggan lebih sanggup membayar harga yang lebih mahal jika perniagaan itu menawarkan pengalaman pelanggan yang hebat. Pilihan ini mengatasi harga mahupon produk itu sendiri.
Satu petikan menarik daripada forentrepreneurs adalah, salah satu sebab mengapa perniagaan gagal adalah kerana kos mendapatkan pelanggan [Cost of Acquiring Customer – CAC] adalah lebih tinggi daripada nilai seumur hidup [Lifetime Value (LTV)] pelanggan tersebut. Kesimpulannya, anda bukan sahaja berhabis wang dan tenaga, malah anda kerugian kerana pelanggan tak dapat di simpan untuk masa yang lebih panjang. Akibatnya, kena cari pelanggan baru untuk membeli daripada anda.
Anda boleh klik pautan di atas jika berminat untuk mengetahui lebih lanjut cara pengiraan CAC & LTV

Lima (5) cara untuk tambah asas pelanggan daripada petikan superoffice.com:
- Tawarkan buletin [newsletter] secara percuma – Tahukah anda menawarkan buletin secara percuma merupakan satu tool pemasaran yang baik. Anda sediakan dalam bentuk digital dan mesra telefon [mobile-friendly]. Kajian menunjukkan bahawa banyak maklumat di atas talian di akses mengguna telefon mudah alih. Jika anda menjalankan perniagaan kedai makan, anda boleh kongsikan resepi – resepi istimewa daripada Chef pilihan anda, maklumat nutrisi, dan pelbagai tips masakan untuk pelanggan anda. Anda boleh ambil petikan pihak ketiga, tetapi kena petik sumber. Cari konten yang menarik dan buat dengan cara yang betul. Apa yang penting berusahalah untuk menambat hati pelanggan.
- Tanyakan pendapat pelanggan anda – Selain maklum balas mengenai mengenai kepuasan mereka terhadap perkhidmatan anda, dengar pendapat pelanggan mengenai apa yang mereka rasakan baik untuk anda tawarkan di masa hadapan. Anda juga boleh menarik minat mereka untuk memberi pendapat dengan menawarkan ganjaran yang bersesuaian.
- Tawar dan kekalkan kualiti khidmat pelanggan yang terbaik – dalam kesibukan menguruskan perniagaan, anda kena pastikan pelanggan mendapat layanan yang tip top. Ini bermula daripada pelanggan masuk kedai, tingkah laku pekerja dan bagaimana kita melayani mereka sehingga ke kaunter pembayaran. Ada banyak kes, peniaga menyerahkan tugas 100% melayan pelanggan kepada pekerja dan tak ambil pusing langsung apa yang berlaku di kedai. Akibatnya, pelanggan lari sikit demi sedikit sebab tak selesa dengan layanan pekerja anda.
- Pastikan maklumat terkini untuk website anda – Ada sebahagian peniaga telah membuka website tetapi maklumat tak pernah di kemaskini. Ada juga gunakan email yang pelanggan rasa tak familiar seperti yahoo atau hotmail. Ini juga sebahagian pengalaman saya mendapat email yang sedemikian daripada peniaga.
- Promosi perniagaan anda melalui rangkaian media sosial – pada artikel yang lepas, saya ada kongsikan cara bagaimana nak jalankan pemasaran dengan kos sifar. Antaranya menyentuh supaya peniaga memaksimumkan penggunaan media sosial untuk mempromosikan perniagaan anda. Saya yakin dalam rangkaian media sosial anda ada sahabat handai, jiran dan keluarga yang boleh bantu anda untuk SHARE dan LIKE posting anda. Jika anda ada budget lebih, bolehlah gunakan googleAds atau FB Ads yang lebih bersasar.
Satu lagi saya nak tambah tips ke 6 – ramai usahawan sudah mula gunakan FB Live sebagai medium untuk berinteraksi terus dengan pelanggan. Petikan daripada thinkbusiness mengenai Live Video :
80% orang memilih untuk menonton LIVE Video daripada membaca blog
Insyaallah, ada umur saya teringin nak menulis mengenai tren live video ini…..saya cuba nanti.
Sampai jumpa lagi!
[…] Hakikatnya, pengalaman pelanggan [customer experience] adalah pengukur sama ada mereka akan kembali membeli dan terus membeli lagi dengan anda. [artikel penuh di SINI] […]
LikeLike
[…] Saya pernah menulis mengenai mendapatkan pelanggan atau customers acquisition dan bagaimana hendak meningkatkan asas pelanggan. […]
LikeLike