Saya bertemu sekumpulan belia baru-baru ini yang bersemangat menjalankan perniagaan dan kebanyakkan mereka berasal daripada kawasan luar bandar. Mereka bertutur dengan loghat masing-masing yang saya rasakan sangat damai bila mendengar. Ada juga yang hanya diam, tetapi teliti mengambil maklumat ketika saya membuat perkongsian.
Setiap kali saya dapat bertemu usahawan, saya belajar banyak perkara daripada perbualan dengan mereka. Saya tidak ukur kejayaan mereka dengan tahap pendidikan mereka tetapi apa yang lihat ialah kesungguhan mereka menjadikan impian mereka satu kenyataan.

“Ramai yang bermimpi dan punyai impian besar tetapi mereka hanya berpeluk tubuh dan tidak buat apa-apa.”
Buku yang saya baca baru-baru ini daripada seorang penulis terkenal John C.Maxwell mengatakan;
“Mimpi kita kena cukup besar supaya kita sentiasa rasa ia cukup menarik untuk kita capai dan ia merupakan satu motivasi untuk kita terus berjaya”
Dua minggu lepas saya bertemu dengan coach. Dalam sesi perbualan saya, beliau katakan ini.
“Jangan lupa menulis impian dan objektif yang kita hendak capai dalam sesuatu misi, supaya bila kita hilang arah, kita ingat tujuan utama mengapa kita melakukannya”
Begitu lah jika kita melakukan perniagaan.
Perkara asas yang selalu saya tanyakan ialah, adakah menjadi usahawan ini adalah sesuatu yang kamu mahukan?
Jika jawapannya YA, usahakan sesuatu yang terbaik untuk berjaya. Kamu tiada pilihan lain selain berjaya. Tiada perkara mudah untuk berjaya selain niat, usaha dan tawakal untuk berjaya.
Kita perlu benar-benar faham siapa pelanggan sasaran dan paling penting apa yang kamu mahu tawarkan – Kehendak atau Keperluan?
Bila kita jelas, mudah untuk lihat aspek yang lain seperti hubungan pelanggan, saluran yang akan digunakan, sumber yang diperlukan dan banyak lagi.
Perniagaan perlu ada sasaran dan strategi keluar (exit strategy).
Itu la sebabnya, kena ada impian yang cukup besar halatuju perniagaan yang kita sedang terokai.
Pelanggan perlu benar-benar rasa apa yang kita mahu tawarkan sampai ke jiwa mereka.
Sebab itu ramai yang sanggup berhabis duit untuk membuat video testimonial pelanggan untuk menggambarkan dan berkongsi pencapaian maklum balas pelanggan. Semakin ramai yang berkongsi, semakin meningkat la jualan mereka.
[Nantikan sambungan Bahagian 2]