Biasa kita dengar orang cakap ‘pekerja adalah aset sesuatu perniagaan’.
Hakikatnya, definisi standard dalam kamus perakaunan tidak mentafsirkan pekerja sebagai aset tetapi merupakan kos sesuatu perniagaan. Justifikasinya, kerana sesuatu perniagaan tidak ada kawalan langsung terhadap pekerja.

Ini juga dibincangkan secara panjang lebar dalam satu artikel daripada Havard Business Review, yang menyentuh mengenai jurang dalam sistem perakaunan standard yang mengklasifikasikan pekerja sebagai kos dan bukan aset.
Jawapannya mudah, dimana pekerja perlu menukarkan bahan mentah kepada produk siap untuk mendapat bayaran, dan jika pekerja hendak berhenti mereka akan bawa bersama kemahiran dan latihan yang diberikan kepada mereka. Ini juga merupakan satu kerugian kepada syarikat.
Realitinya, tiada wujudnya sesuatu perniagaan tanpa pekerja yang bersama menjayakan misi dan visi sesuatu perniagaan itu.
Setakat mempunyai perniagaan hebat atau punyai produk produk hebat tidak dapat membawa maksud apa-apa kepada sesuatu perniagaan.
Dalam ekonomi, faktor pengeluaran ialah sumber yang digunakan oleh manusia untuk menghasilkan barangan dan perkhidmatan.
Ahli ekonomi membahagikan faktor pengeluaran kepada empat kategori: tanah, buruh, modal, dan keusahawanan. Oleh itu, buruh yang membawa erti yang sama dengan pekerja merupakan antara faktor yang penting dalam rantaian nilai sesuatu penghasilan produk.
Hebat sesuatu perniagaan itu adalah kerana adanya pekerja yang bertungkus lumus untuk menjayakan sesuatu agenda perniagaan.
“Realitinya, pekerja anda adalah aset kepada perniagaan
Lima (5) sebab mengapa pekerja adalah aset kepada perniagaan.
- Pekerja adalah duta kepada perniagaan anda
Pekerja adalah individu yang paling dekat dengan pelanggan anda berbanding dengan anda. Pelanggan yang gembira dengan perkhidmatan yang diberikan oleh pekerja anda akan kembali mendapatkan perkhidmatan atau produk anda.
2. Pekerja yang gembira akan bawa produktiviti yang luar biasa kepada anda
Percaya atau tidak, jika anda berjaya buat pekerja anda gembira dan merasa selesa untuk bekerja, mereka akan berikan anda komitmen yang terbaik. Apa juga yang anda fikirkan, kena berikan perhatian kepada kebajikan pekerja supaya mereka terus dapat berada dalam keadaan bersedia untuk memberikan yang terbaik.
3. Pekerja yang setia akan jadi ‘recruiter’ untuk anda sendiri
Pekerja yang setia akan sentiasa akan membantu anda mencari pekerja baru ketika anda amat memerlukan. Mereka ada merupakan contoh bagi orang lain yang ingin menyertai anda. jadi, pastikan mereka boleh kongsikan kenangan indah bersama anda.
4. Pekerja juga boleh menjadi sebahagian daripada pemegang ekuiti perniagaan anda.
Banyak kisah yang kita dengar apabila pekerja dah lama berkhidmat, pemilik perniagaan mahu berkongsi keuntungan & risiko dengan pekerja. Ada juga yang setelah sekian lama melatih pekerja merasakan pekerja mereka akhirnya bersedia mengambil alih perniagaan itu.
5. Perniagaan anda boleh “auto-pilot” berjalan dengan sendiri dengan adanya pekerja
Pekerja yang boleh dipercayai oleh majikan, akan lakukan kerja mereka dengan baik mengikut standard dan piawaian yang ditetapkan. Di saat ini, integriti mereka terhadap pekerjaan menyebabkan anda rasa tidak perlu CCTV mereka 24 jam. Cuma sesekali buat pemeriksaan mengejut untuk pastikan mereka masih berada pada tahap yang memuaskan.
Oleh itu, jika dipertimbangkan point di atas, lebih banyak keuntungan yang boleh diklasifikasikan sebagai aset kepada pekerja.
Pekerja yang dilatih dengan baik dan mendapat layanan yang sewajarnya akan memberikan banyak manafaat kepada anda.
Oleh itu, fikir-fikirkan supaya sentiasa pastikan pekerja anda pada tahap yang amat memuaskan emosi & fisikal mereka.