10 Tips Usahawan Baru Sebagai Persediaan Tahun 2021

Ramai usahawan yang menyahut seruan wilayah bebas berniaga yang diumumkan kerajaan. Seronok lihat ramai yang ambil peluang menjual di kawasan perumahan, menjual atas talian, menawarkan perkhidmatan penghantaran dan banyak lagi.

Syabas! Saya amat kagum melihat kesungguhan usahawan semua.

Menurut Kamus Merriam-webster –

“Usahawan adalah seseorang yang memulakan perniagaan dan bersedia mengambil risiko kerugian untuk menghasilkan wang, berpandangan jauh dan berinovasi. Mereka mulakan dengan fokus yang sempit [narrow] terlebih dahulu dan kembangkan”

Saya nak kongsikan 10 tips untuk usahawan baru yang amat bermanafaat daripada oberlo.com.

  1. Bangunkan perniagaan anda seperti Orang Roman – Mengambil contoh daripada Colosseum yang sudah berusia hampir mencecah 2,000 tahun. Sebahagian daripada struktur bangunan masih teguh kerana pemilihan bahan dan kehalusan senibinanya. Semua dilakukan dengan perancangan yang teliti supaya struktur bangunan mampu bertahan untuk satu jangka masa yang panjang. Begitu juga dengan perniagaan!
  2. Mesti ada pengkhususan ‘niche‘ yang betul – ini yang paling sukar sebenarnya…nak tentukan terlalu khusus susah nak jual, terlalu luas ‘broad’ sukar nak sasarkan pembeli. Cadangan yang baik daripada artikel ini ialah menggunakan google trend. Anda masukkan nama negara, dan kecilkan carian anda. Mudah, anda dapat gambaran yang lebih jelas melalui data mengenai produk/ perkhidmatan melalui carian yang trending sekarang.
  3. Selesaikan masalah mendesak [burning problem] pelanggan – Banyak perniagaan gagal di tahap awal kerana apa yang ditawarkan tidak menyelesaikan atau mengatasi masalah yang mendesak pelanggan. Jadi pelanggan tiada perasaan terdesak untuk membeli daripada anda.
  4. Obses akan kehendak pelanggan – Apa yang ditawarkan perlu bertepatan dengan kehendak dan jangkaan pelanggan. Petua perniagaan yang paling penting ketika menguruskan hubungan pelanggan adalah dengan selalu mempunyai empati dengan pelanggan.
  5. Fokus kepada keuntungan bukan jualan – Keuntungan yang diperolehi daripada jualan sangat penting untuk anda tentukan berapa banyak keuntungan yang akan diperuntukkan untuk pusingan yang akan datang. Saya ada kongsikan pada artikel yang lepas asas untuk menetapkan harga dan margin keuntungan.
  6. Mulakan dengan fokus yang sempit [narrow] terlebih dahulu dan kembangkan – Ambil contoh Amazon yang bermula dengan menjual buku dan kemudian berkembang seperti sekarang. Dengan bermula kecil dan fokus, anda dapat membina segmen pelanggan yang setia dan dapat memahami kehendak pelanggan dengan baik. Lebih-lebih lagi bila anda membesarkan perniagaan ke tahap seterusnya.
  7. Fokus untuk meningkatkan semangat pekerja – Pekerja adalah aset perniagaan yang penting. Hargai mereka seperti anda menjaga keluarga sendiri dan jika mereka bersemangat, mereka akan berikan prestasi yang mengkagumkan untuk perniagaan anda.
  8. Mulakan perniagaan yang sesuai dengan personaliti anda – Buat perniagaan yang sepadan dengan personaliti anda. Bila anda mempunyai tiga perkara serentak iaitu ‘ilmu’, ‘skil’ dan ‘sikap’ yang tepat dengan apa yang anda lakukan, perniagaan anda akan luarbiasa.
  9. Peka terhadap pergerakan pesaing anda – walau sibuk bagaimana pon, luangkan masa anda untuk mengetahui apa yang berlaku disekeliling anda termasuk pesaing. Ini dapat membantu anda menyediakan produk atau perkhidmatan yang kompetitif setanding dengan pesaing. Ingat, bersaing secara sihat.
  10. Buat sahaja (tak perlu tunggu hingga sempurna) – Tak payah tunggu sampai betul-betul sempurna baru nak jalan. Buat terus dan perlahan-lahan tambah baik perniagaan anda.

Insyaallah, semoga perkongsian ini memberi manafaat untuk anda. Hingga kita jumpa lagi di artikel yang akan datang.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s