Menjalankan Pemasaran Dengan Kos Sifar

Pemasaran kos sifar (zero cost) adalah di mana aktiviti yang dirancang untuk mempromosikan perniagaan, produk atau perkhidmatan dilakukan tetapi sebenarnya tidak memerlukan kos. Ini memberi peluang kepada perniagaan kecil untuk mempromosikan perniagaan dengan tidak dibebani sebarang perbelanjaan. Walaubagaimana pon, kena ambil kira kos dalaman seperti upah iaitu tenaga dan masa untuk melaksanakan aktiviti pemasaran tersebut. Untuk dapatkan impak yang berkesan, kena fokus dan komited!

Baiklah, belajar sikit apa maksudnya perbelanjaan pemasaran dengan jelas

Dalam istilah perakaunan, perbelanjaan pemasaran ditakrifkan sebagai perbelanjaan yang secara langsung berkaitan dengan penjualan produk, perkhidmatan atau jenama. Kategori perbelanjaan pemasaran anda mungkin termasuk bahan publisiti bercetak, iklan surat khabar, gaji pasukan pemasaran dan kos iklan Facebook.

Photo by Artem Beliaikin on Pexels.com

Bagaimana nak jalankan pemasaran dengan kos sifar?

  • Buat social media posting menggunakan laman sosial perniagaan anda. Wujudkan pelbagai konten yang menarik minat pelanggan untuk membacanya. Platform social media adalah platform yang terbaik untuk anda memberikan kesedaran pembaca mengenai produk atau perkhidmatan anda.
  • Jadilah bloger jemputan – Anda tawarkan artikel yang berkaitan dengan perniagaan anda. Anda ambil pendekatan berbeza dengan ceritakan manafaat atau kaitkan isu atau kisah yang anda boleh dipadankan dengan produk anda. Jangan terus ‘hard sell’ atau terus paksa pelanggan beli produk. Ini adalah big NO
  • Perkataan dari mulut (Word of Mouth) – Jangan malu untuk minta pelanggan beri maklum balas dengan berkongsi di sosial media atau platform perniagaan anda. Tawarkan diskaun atau hadiah misteri untuk pembelian seterusnya sebagai ganjaran atau ‘reward’. Insyaallah, mereka akan kembali dan membeli lagi daripada anda.
  • Email pemasaran (Email Marketing) – tahukah anda email marketing adalah satu lagi saluran untuk anda gunakan. MailChimp adalah percuma dan memberikan anda kemudahan akses kepada 10,000 e-mel sebulan. Satu lagi yang anda boleh cuba Sendinblue dan anda boleh menghantar maksimum 300 email sehari kepada pelanggan anda.
  • Rangkaian (Networking) – Ada banyak rangkaian yang diwujudkan secara fizikal atau atas talian yang boleh anda sertai. Banyak inisiatif yang dijalankan, tujuannya untuk membantu usahawan berinteraksi dan melebarkan rangkaian di dalam dan di luar negara. Mulakan dengan group Facebook dalam jaringan anda supaya anda dapat bertukar fikiran dan mempromosi perniagaan anda.

Nah, menarik kan…Jika anda tak mulakan siapa lagi nak buat? Buat sikit-sikit lama-lama jadi bukit. Kena yakin dan terus usaha. Namanya pon usaha-wan.

Kita semua Bermuda dengan sifar. Kita semua bermula di permulaan. Jangan berputus asa

Nick Vujicic (Beliau ada insan yang dilahirkan istimewa tanpa lengan atau kaki)

Anda boleh baca pautan dibawah yang saya jadikan panduan dalam menyediakan artikel ini.

https://sharethis.com/thought-leadership/2019/01/creative-low-cost-marketing-ideas-2/

https://smallbusiness.chron.com/list-typical-marketing-expenses-23242.html

https://www.inc.com/john-boitnott/these-free-marketing-hacks-will-help-you-grow-when-cash-is-tight.html

One comment

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s