5 Cara Efektif untuk Menghasilkan Video Pemasaran

Pembangunan dan kemajuan sistem telekomunikasi membolehkan kita pada hari ini mengakses maklumat dengan lebih baik dan efisen. Kita semua mempunyai pelbagai pilihan untuk memiliki alat telekomunikasi yang kita boleh perolehi dengan harga mampu milik. Harga berbeza berdasarkan prestasi dan jenama peranti yang anda inginkan. Anda mampu mendapatkan maklumat 24 jam sehari dengan hanya mengaksesnya melalui peranti sahaja. Sungguh kita bertuah!

Suka atau tidak semua sudah mula berubah [pivot] dengan mengoptimumkan talian digital sebagai sumber saluran pilihan. Ia tidak terhad untuk carian maklumat, malah hiburan, berita dan banyak lagi. Begitu juga halnya dengan pemasaran. Banyak perniagaan sudah mengambil peluang mendekati pelanggan melalui video pemasaran. Mudah sampai tepat ke sasaran pelanggan anda.

Apa itu video pemasaran?

Digital Institute of Marketing mentakrifkan video sebagai satu tool pemasaran yang dinamik kerana penonton dapat melihat dengan lebih jelas produk atau perkhidmatan yang anda ditawarkan. Ia bukan sahaja dapat diletakkan di pelbagai platform di atas talian, ia juga berpotensi memberi pulangan yang tinggi. Satu kajian yang dijalankan oleh William C. Bradford mendapati 65% daripada populasi secara umum belajar melalui visual, 30% melalui pendengaran dan 5% melalui pengalaman. Oleh itu, video mempunyai kelebihan kepada anda dengan memberi kelebihan liputan kepada segmen visual dan audio.

Apa contoh video pemasaran?

Ada banyak jenis video pemasaran dan saya senaraikan video yang bersesuaian untuk perniagaan anda.

  1. video yang menerangkan mengenai produk atau perkhidmatan
  2. vlog – video blog
  3. video tutorial
  4. video iklan
  5. video testimoni
  6. Live video
  7. video pembentangan

“85% perniagaan menggunakan video sebagai strategi pemasaran”

visme.co
Photo by Jessica Lewis on Pexels.com

5 Cara Efektif untuk Menghasilkan Video Pemasaran

Menurut Small Business Development Centre, ada lima (5) asas video pemasaran yang anda boleh ambil sebagai rujukan.

  1. Rancang konten yang anda mahu sampaikan – Apa sahaja maklumat yang anda sampaikan adalah ‘brand’ anda. Konten yang tidak yang dirancangkan akan menyebabkan penyampaian anda tidak kemas dan secara mudah ‘turn off’ mood pelanggan. Fahami persona pelanggan anda.
  2. Gunakan sarikata tertutup (closed-captioning) – Sari kata tertutup membolehkan individu yang kurang upaya mendengar memahami apa yang anda hendak sampaikan. [Ada perbezaan antara subtitle dan closed-captioning]
  3. Guna semula (re-purpose) konten yang anda sudah ada – antara cara mudah yang anda boleh lakukan jika anda ketandusan idea, anda boleh guna semua konten yang sedia ada. Konten yang anda bincangkan contohnya dalam risalah pemasaran dan posting media sosial anda.
  4. Buat pendahuluan yang mantap – Tiga (3) saat pertama adalah penentu. 65% peratus penonton akan mendengar live video and untuk tiga (3) saat yang pertama. Jika penyampaian anda tidak cukup menarik, mereka kan skip dan tinggalkan anda.
  5. Buat Live – Ada banyak pilihan untuk anda buat video live sekarang seperti di Facebook, Instagram dan Youtube ada pilihan live streaming. Video live memberikan anda banyak kelebihan kerana ada berpeluang berinteraksi secara langsung dan menjawab soalan – soalan pelanggan. Ada boleh juga rasai (feel) reaksi pelanggan melalui emoji-emoji yang mereka share.. Sedikit sebanyak memberikan anda maklumbalas terus live video anda ini menarik atau tidak.

Rumusannya ambil peluang membuat video pemasaran yang bersesuaian dengan perniagaan anda. Apa yang penting adalah mesej dan konten yang anda ingin disampaikan. Kualiti yang bagaimana, saya serahkan kepada anda untuk buat pilihan….bermula daripada sifar budget dan ke atas.

Sampai jumpa lagi!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s