Makanan berasaskan tumbuhan atau ‘vegan-based food’ – kehendak atau keperluan?

Industri pembuatan makanan sudah semakin berkembang dengan menyediakan pelbagai variasi ketegori makanan mengikut kehendak dan tren pengguna. Selain itu, kesedaran terhadap pemilihan makanan bersesuaian dengan ‘diet’ seseorang juga sudah semakin mendapat tempat di pasaran.

Fakta yang saya temui baru-baru ini sangat mengujakan;

Pasaran makanan vegan global dijangka mencapai nilai lebih 22 bilion dolar AS pada 2025. Pada 2021, saiz pasaran hampir mencecah 16 bilion dolar AS” sumber ; statista.com

Bloomberg pula melalui satu laporan yang disediakan bertajuk “Makanan Berasaskan Tumbuhan” menyebut bahawa pasaran makanan ini sekarang melalui fasa ‘pertumbuhan meletup’ atau ‘explosion growth’ yang menjangkakan kenaikan meroket di pasaran. Jika jangkaan ini tepat, pasaran ini akan mengalami kenaikan sehingga 450% sehingga tahun 2030.

Disamping itu dengan kehadiran lebih banyak aplikasi penghantaran makanan & juga platform e-dagang di atas talian, ia juga dijangkakan akan menjadi kepada penyumbang utama yang meningkatkan permintaan untuk segmen makanan vegan.

Tiga (3) Sebab Mengapa Pengguna Beralih Kepada Makanan Bersasaskan Tumbuhan?

Sebenarnya amalan untuk pemakanan berasaskan tumbuhan ini sudah beratus tahun diamalkan dengan pelbagai sebab mereka yang tersendiri.

  1. Manafaat kebaikan kepada kesihatan

Ada banyak kajian yang dijalankan menyatakan bahawa pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran dapat kaya dengan pelbagai vitamin dan serat. Ia juga dianjurkan sebagai diet yang baik bagi mereka yang menghidap penyakit tertentu. Ini setelah mendapatkan nasihat doktor yang bertauliah.

Menurut satu artikel yang ditulis di BBC UK, penyokong pemakanan berasaskan tumbuhan mengatakan vegan biasanya mempunyai tahap kolesterol dan tekanan darah yang lebih rendah, indeks jisim badan yang lebih rendah, dan mengurangkan risiko kematian akibat penyakit jantung dan kanser.

2. Untuk mereka yang tidak sesuai atau elergi dengan protein haiwan.

Ada juga yang terpaksa memilih makanan berasaskan tumbuhan. Pemakanan yang mengandungi protein haiwan menyebabkan mereka mengalami gejala seperti gatal-gatal dan sensasi terbakar di bibir, lidah, lelangit, dan tekak.

3. Pengaruh sosial media dan revolusi vegan

Kehadiran sosial media juga menjadi pencetus kepada revolusi yang menyokong vegan sebagai satu trend diet dan gaya hidup terkini. Ada ramai juga ‘social media influencer’ yang membuat video resepi mudah bagaimana menyesuaikan masakan vegan menyamai makanan harian mereka yang tidak vegan.

Selain itu ada juga video yang tidak kurang viral di media sosial menunjukkan bukti kekejaman terhadap haiwan dan alam sekitar disebabkan mereka yang tidak sensitif terhadap kepentingan untuk bertukar kepada makanan berasaskan tumbuhan.

“Saya tidak merasakan satu lagi makhluk hidup perlu menderita kerana keinginan saya untuk memanjakan diri. Terdapat begitu banyak perkara yang disediakan oleh Alam Semulajadi untuk menyuburkan badan kita dengan sempurna,” – Radhi

Radhi Devlukia mempunyai lebih daripada 840,000 pengikut di instagram dan banyak berkongsi tips & resepi mengenai vegan.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s