Mencari pelanggan, menjual dan mendapatkan pelanggan yang sentiasa kembali membeli semula adalah bukan satu rantaian yang mudah.
Saya pernah menulis mengenai mendapatkan pelanggan atau customers acquisition dan bagaimana hendak meningkatkan asas pelanggan.
Pelanggan juga merupakan asas dalam menjual.
Transaksi hanya berlaku jika ada penjual dan pembeli. Vince Lombardi, pernah menyebut :
Kita mengambil masa sebulan untuk mencari pelanggan,
Tetapi sesaat untuk kehilangan seorang pelanggan.
Walau bagaimana pon kita perlu faham ada fasa pelanggan akan berinteraksi dengan kita melalui titik sentuh pelanggan sebelum mereka membuat keputusan membeli. Ini adalah sangat penting untuk kita tumpukan perhatian, supaya kita faham mengapa proses yang paling sukar adalah mendapatkan kepercayaan pelanggan dan membeli.

Apa itu titik sentuh pelanggan
Titik sentuh adalah merupakan apa sahaja medium yang digunakan oleh kita untuk berinteraksi dengan pelanggan secara fizikal dan juga di atas talian. Ia juga adalah titik hubungan pelanggan dari awal mereka sedar mengenai produk anda hingga akhir iaitu menjadi pelanggan setia anda.
Medium ini dapat membuatkan pelanggan faham mengenai jenama anda bila berlaku pertukaran maklumat perniagaan anda, promosi terkini, pertukaran waktu operasi dan banyak lagi. Titik sentuh yang efektif bantu anda bina perhubungan yang baik dengan pelanggan.
Ada banyak pilihan medium berbayar dan percuma untuk pelanggan memaksimumkan cara mereka mendekati pelanggan.
- Risalah
- Laman sesawang perniagaan
- Aplikasi Pesanan (WhatsApp, Telegram, WeChat and sebagainya)
- Laman sosial (Facebook, Telegram, TikTok dan banyak lagi)
- Premis (kedai, gerai dan pejabat operasi perniagaan)
- Papan digital pemasaran
Ini adalah sebahagian daripada contoh. Ada banyak lagi contoh, terpulang kepada kreativiti dan juga kesesuaian pelanggan sasaran kita.
Lima (5) fasa pengalaman yang akan dilalui oleh pelanggan
- Fasa 1 : Kesedaran – Ini adalah apabila pelanggan menyedari kehadiran mengenai jenama produk atau perkhidmatan.
- Fasa 2 : Pertimbangan – Pelanggan meniliti dan buat penilaian kesesuaian produk atau perkhidmatan yang mereka sudah mula sedar, faham dan nampak apa yang kita tawarkan bersesuaian dengan keperluan mereka. Pada ketika ini juga mereka akan dapatkan pandangan, buat analisa mengenai apa yang kita tawarkan dan juga teliti ‘review’ pengguna. Dalam membuat pertimbangan pembelian, ada banyak faktor selain daripada jenama, budget mereka, kesesuaian dengan kehendak mereka yang akan di ambil kira. Jadi semua ini merupakan faktor untuk mereka membeli daripada kita.
- Fasa 3 : Buat Keputusan – Berdasarkan pertimbangan penilaian, pelanggan akan membuat keputusan membeli, tidak membeli atau tunggu dulu.
- Fasa 4: Ambil tindakan – Pelanggan akan membuat tindakan membeli mengikut kaedah yang telah ditetapkan.
- Fasa 5 : Setia dan menyokong anda – Ini adalah fasa yang selesa bagi kita semua kerana pelanggan yang setia akan jadi orang yang membeli berkali-kali dan juga menyokong apa sahaja produk baru yang kita keluarkan. Hakikatnya, untuk pelanggan kekal
Oleh belajar gunakan pelbagai medium untuk optimumkan titik sentuh pelanggan.
Pertingkatkan saluran fizikal dan saluran digital untuk temui dan berkomunikasi dengan pelanggan.
Semoga perkongsian ini dapat bantu kita sama-sama belajar pertingkatkan hubungan yang baik dengan pelanggan. Jumpa lagi!