Berhenti sebentar, reflek dan teruskan

Sebulan lagi kita nak masuk suku ke-empat tahun 2021.

Masa berlalu terlalu pantas dan jika kita tiada perancangan yang rapi kita akan bergelut antara sasaran dan pencapaian.

Sudah pasti, pada awal tahun sudah tentu kita dah tentukan beberapa sasaran penting yang kita hendak capai seperti contoh di bawah:

  • peningkatan jualan sebanyak (20%)
  • pembukaan dua puluh (20) saluran baru untuk meransang jualan
  • hasilkan dan lancarkan 50 produk baru
  • tambah 500 lagi agen baru seluruh negara

Jadi tepuk dada tanya selera sama ada kita dapat tak capai sasaran kita.

Kena tanya banyak soalan pada diri kita.

Apa punca yang menyebabkan kegelinciran mendapatkan sasaran yang kita hendak. Adakah strategi yang tak kena, faktor ekonomi semasa, kempen penjenamaan tidak berkesan dan sebagainya. Saya pernah menulis mengenai SWOT analisis dan mungkin juga boleh ambil sebagai satu tool untuk bantu anda petakan semula kekuatan, kekurangan, peluang dan ancaman kepada perniagaan anda.

Saya suka nak petik kata-kata daripada Robin Sharma, penulis buku terkemuka dunia dan pakar motivasi unggul berbangsa Kanada. Beliau juga merupakan idola dalam bidang kepimpinan yang sangat saya kagumi.

Jangan keliru aktiviti dan produktiviti. Ramai yang hanya sibuk buat sibuk

Robin Sharima

Tidak salah jika kita berhenti sebentar, lihat kelompongan pencapaian dan sasaran, dan ambil langkah seterusnya untuk terus sampai ke sasaran penghujung tahun 2021.

Kehidupan sebenarnya adalah satu marathon dan bukan larian pecut. Begitu juga dengan perniagaan.

Setiap perhentian untuk tambah tenaga, kita boleh berhenti sekejap, reflek dan teruskan.

Seronok baca satu artikel yang ditulis dengan baik oleh mycustomer.com yang berikan kita perspektif baru keperluan untuk semak semula dan buat kajian pasaran.

  1. ketika kita buat penjenamaan semula
  2. bila ada pesaing baru dalam pasaran
  3. apabila jualan merosot
  4. apabila jualan meningkat
  5. bila kita pertimbangkan untuk tukar model perniagaan
  6. Bila – bila masa

Menarik kan!

Jadi ini juga keluar daripada norma biasa yang mana kita hanya semak atau kaji semula pencapaian dan pasaran hanya bila kita terhantuk kerana tidak mencapai sasaran kita pada minggu, bulan atau tahun tersebut.

Pada ketika itu kita akan lebih reaktif daripada proaktif kan.

Di harap, perkongsian hari ini menjadi manafaat buat kita semua dan semoga kita semua terus kuat meluncur dan malakar kejayaan demi kejayaan.

One comment

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s