Teknik SMART untuk tetapkan sasaran anda!

Rancangan tanpa sasaran hanya lah satu impian

Antoine de Saint-Exupery

Sangat penting untuk kita faham bagaimana nak tetapkan sasaran atau dalam bahasa mudah ‘target’.

Kalau kita tiada sasaran (target) untuk kita capai, sukar bagi kita dapat apa yang kita sasarkan.

Target akan bantu kita dalam banyak perkara terutama bila kita nak rancang budget dan seterusnya bagaimana budget yang kita tetapkan itu bantu kita tambahkan lagi pendapatan perniagaan kita.

Photo by Andrea Piacquadio on Pexels.com

Dalam artikel lepas, saya menulis mengenai untuk kita ambil masa reflek dan semak sejauh mana kita dah capai apa yang sasarkan tahun ini.

Oleh itu, sentiasa masih belum terlewat untuk kita terus kemas kini dan ambil langkah lebih proaktif untuk perkukuhkan pencapaian.

Penggunaan teknik SMART untuk penetapan sasaran

SMART adalah suatu teknik yang sudah lama digunakan untuk membantu kita untuk membuat penetapan sasaran yang jelas. Dalam masa yang sama, anda jelas apa yang anda perlu lakukan dalam tempoh masa yang telah ditetapkan.

SSpecific (spesifik) – tujuannya adalah jelas dan tidak kabur

MMeasurable (boleh diukur) – penetapabn sasaran yang boleh diukur dan boleh dikira

AAttainable (boleh dicapai) – penetapan yang boleh dicapai dan realistik

RRelevant (releven) – Matlamat yang mampu menyumbang kepada matlamat yang lebih luas dan menyeluruh

T Time (Masa) – Sasaran yang jelas dan mempunyai tarikh mula dan tamat yang ditetapkan

Contoh Penetapan Sasaran Melalui SMART

Spesifik – Belajar menggunakan pemasaran digital (FB Ads) dan gunakan 20% daripada keuntungan perniagaan untuk tujuan ini

Boleh diukur – Melalui FB Ads, saya akan gandakan jualan sebanyak 50% dalam masa dua bulan

Boleh dicapai – Saya sudah ambil pekerja tambahan ada komputer baru untuk bantu saya mencapai sasaran ini.

Releven – Selari dengan sasaran jualan tahun ini untuk jana RM1,000,000 supaya perniagaan saya mampu berkembang ke tahap seterusnya

Masa – FB Ads ini akan saya jalankan esok dan akan berlangsung selama dua minggu untuk fasa pertama. Seterusnya, saya akan analisa hasil tersebut dan teruskan untuk fasa – fasa seterusnya.

Saya harap perkongsian saya kali ini dapat memberikan manafaat untuk bantu kita semua buat penetapan sasaran yang lebih berkesan.

Semoga kita bertemu lagi di artikel akan datang!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s