Alangkah baik jika kita dapat analisa prestasi perniagaan kita paling kurang dua kali setahun untuk pastikan kita dapat dan kekal relevan di mata pelanggan.
Hasil analisa yang kita jalankan akan dapat bantu kita dalam tiga perkara di bawah:
- Rancang strategi yang bersifat lebih holistik dan realistik berdasarkan keupayaan syarikat dan kehendak pasaran
- Mengenal pasti apa kekurangan perniagaan anda dan sediakan pelan tindakan untuk mecapai sasaran yang anda kehendaki
- Peka terhadap peluang dan juga ancaman yang boleh menggugat perkembangan perniagaan anda.
Apa itu Analisis SWOT
SWOT adalah akronim kepada:
S – strength (kekuatan)
W – weakness (kelemahan)
O – opportunities (peluang)
T – threats (ancama)
S & O membantu perniagaan mengenal pasti faktor dalaman yang mempengaruhi prestasi syarikat
O & T melibatkan faktor luaran yang memberikan kesan kepada perniagaan anda secara langsung atau tidak langsung
SWOT juga akan dapat memberikan anda gambaran yang jelas kedudukan perniagaan dan bagaimana anda boleh ambil peluang dan ruang untuk capai apa yang ada sasarkan.
Saya kongsikan soalan – soalan yang anda boleh rujuk untuk bina analisa SWOT anda. Sumber rujukan ini adalah daripada business.com.
S – Kekuatan
- Apa tawaran nilai yang anda boleh berikan kepada pelanggan?
- Apakah saluran atau platform yang sokong anda berinteraksi dengan pelanggan?
- Apa kemahiran atau pensijilan yang telah anda kuasai untuk membina reputasi yang baik?
- Apa yang hebat produk atau perkhidmatan anda jika dibandingkan dengan pesaing yang lain?
- Apa yang menjamin pendapatan perniagaan yang berterusan?
W – Kelemahan
- Apakah aspek dalam perniagaan anda yang menyukarkan anda berkembang?
- Apa kemahiran atau pensijilan yang anda perlu perolehi untuk membolehkan anda bersaing dengan baik?
- Apa faktor yang menyebabkan keuntungan bersih anda terjejas atau tidak meningkat?
- Apa yang menyebabkan anda tidak dapat bersaing dan berkolaborasi dengan baik?
O – Peluang
- Apa yang anda boleh perbaiki?
- Apa keadaan semasa yang dapat membantu anda mencapai sasaran anda?
- Adakah segmen baru yang kita boleh ‘explore’ atau terokai?
- Apakah lagi produk / perkhidmatan yang boleh di tawarkan kepada pelanggan kita?
- Apakah suntikan inovasi atau kreativiti yang boleh tawarkan dalam produk / perkhidmatan sedia ada?
T – Ancaman
- Apakah faktor luaran yang boleh menganggu dan menggugat perniagaan anda?
- Apakah yang pesaing buat lebih baik daripada anda?
- Apakah keadaan teknologi yang boleh menyebabkan perniagaan anda jauh ketinggalan ke belakang?
- Adakah pesaing baru di dalam sektor anda dan apakah kekuatan mereka?
[…] ekonomi semasa, kempen penjenamaan tidak berkesan dan sebagainya. Saya pernah menulis mengenai SWOT analisis dan mungkin juga boleh ambil sebagai satu tool untuk bantu anda petakan semula kekuatan, kekurangan, […]
LikeLike