‘Kepantasan’ adalah satu keperluan

Teknologi telah banyak menambah baik kehidupan kita seharian.

Banyak kesukaran yang kita lalui seperti menyampaikan maklumat kepada pelanggan dan interaksi bersama pelanggan boleh dijalankan dengan pantas.

Hari ini, kepantasan bukan satu pilihan tetapi keperluan yang mendesak.

Pelanggan ada lebih banyak pilihan , dan kehendak mereka akan mudah berubah mengikut peredaran zaman.

Tahukah anda bahawa kepantasan ada kesan terus kepada prestasi khidmat pelanggan, kegembiraan pelanggan dan juga keuntungan perniagaan.

Memetik kata – kata Gary Vee, yang merupakan seorang usahawan terkenal warga Amerika Syarikat yang dinobatkan sebanyak empat kali sebagai pengarang terbaik akhbar New York Times: 

“Continuity leads to speed, speed leads to results”

“Kesinambungan membawa kepada kepantasan, kepantasan membawa kepada hasil”

“Kepantasan adalah matawang untuk perniagaan hari ini” ~Marc Benioff – Pengerusi dan CEO Salesforce

Tiga (3) sebab mengapa kepantasan adalah penting buat perniagaan.

Kita pasti tertanya kenapa dalam perniagaan kenapa buat cepat? Kenapa tidak boleh lihat dan tunggu?

Jika anda tidak pantas, pesaing akan mendahului anda

Kepantasan adalah merupakan satu matawang pada hari ini. Suka atau tidak, produk atau perkhidmatan yang tidak pantas mengikut peredaran zaman akan sukar mendapat tempat di hati pelanggan. Contoh yang boleh kita ambil ialah apabila kehendak pelanggan kini untuk buat tempahan makanan di atas talian. Jika kedai kita tidak ada pilihan untuk pelanggan beli dan penghantaran ke rumah, cara kita berniaga sudah tidak mengikut tren semasa.

Begitu juga dengan waktu menunggu untuk pelanggan mendapatkan produk atau perkhidmatan kita. Ada sesetengah perniagaan yang menawarkan jaminan yang jika produk mereka tidak sampai dalam tempoh tertentu, pelanggan berhak mendapatkan wang mereka semula. Ada juga yang menawarkan ‘insentif’ jika produk atau layanan mereka melebihi waktu tertentu, pelanggan berhak mendapat diskaun atau percuma produk tertentu.

Pelanggan inginkan sesuatu dengan segera

Kita hari ini hidup dalam era semua orang mempunyai citarasa tersendiri yang semua ini juga berteraskan gaya hidup dan kepuasan tersendiri. Kita boleh lihat teknologi seperti telefon pintar seperti iphone dan samsung menyebabkan ramai orang berpusu-pusu untuk mendapatkan setiapkan model yang terbaru. Jenama ini sentiasa ada model yang baru untuk dipersembahkan kepada pelanggan dengan mempamerkan teknologi terkini.

Selain itu, ada juga makanan yang boleh di makan segera menjadi pilihan seperti maggi dan sardin kerana tempoh penyediaan yang tidak mengambil masa yang lama. McDonald juga antara contoh yang terbaik kerana tempoh menunggu bagi pelanggan tidak lama. Mereka boleh menikmati makanan dengan segera.

Kepantasan bantu pengembangan perniagaan

Ambil ruang untuk baiki proses anda dan kenal pasti halangan untuk anda kembangkan perniagaan. Cari solusi jangan pendek dan jangka panjang yang dapat anda atasi cabaran ini. Fikirkan cara untuk mendigitalkan dan automasi perniagaan supaya anda dapat tiga perkara (i) jimatkan masa (ii) jimatkan kos dan (iii) tingkatkan produktiviti.

Saya harap perkongsian ini memberi manafaat kepada anda semua. Banyak lagi topik menarik kita boleh kupas mengenai tajuk ini, dan insyaallah nanti kita sama-sama baca dalam posting akan datang.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s