Membuat keputusan dalam Perniagaan

Dalam kehidupan kita, membuat keputusan adalah salah satu daripada aktiviti harian kita. Satu kajian yang dijalankan menyatakan kita membuat lebih kurang 35,000 pilihan setiap hari. Diceritakan juga secara purata manusia sepanjang hayatnya membuat lebih kurang 773,000 keputusan.

Tiga kategori utama yang berkaitan dengan membuat keputusan ialah (i) membuat keputusan sebagai pelanggan, (ii) membuat keputusan dalam perniagaan dan juga (iii) membuat keputusan yang berkaitan hal peribadi.

Apa sahaja yang kita lakukan adalah berdasarkan keputusan kita dan sama ada ia baik atau tidak untuk kita juga adalah pilihan kita. Di dalam perniagaan, setiap keputusan ada akan kesan langsung kepada hasil perniagaan.

Hakikatnya, membuat keputusan juga tidak semudah yang itu dan memerlukan ruang dan masa untuk diperhalusi. Tetapi jangan ambil masa yang terlalu panjang sebab setiap masa yang terbuang itu adalah peluang.

Peluang tidak datang hari-hari ya.

Photo by Engin Akyurt on Pexels.com

Enam (6) langkah untuk buat keputusan

1. Kenal pasti apa isu atau permasalahan yang anda perlukan kepada penyelesaian

2. Fahamkan apa yang sedang anda hendak selesaikan

3. Kenal pasti seberapa banyak pilihan yang anda ada untuk membuat keputusan

4. Buat perbandingan dan pertimbangan sewajarnya kebaikan dan keburukan keputusan itu

5. Jika perlu, dapatkan pandangan daripada orang yang mempunyai pengalaman dan pengetahuan

6. Buat penilaian dan mohon petunjuk tuhan supaya kita dapat buat keputusan dengan baik

Semoga enam (6) langkah yang saya kongsikan ini sedikit sebanyak dapat bantu kita buat keputusan dalam hidup dan kena sentiasa ingat tidak semestinya bila kita dah buat keputusan kita tak boleh berpatah balik.

Semoga kita jumpa lagi dan dekatkan diri kita dengan Tuhan untuk minta segala petunjukNya.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s