Zon Tidak Selesa Buat Usahawan Lebih Berdaya Saing

Keselesaan (comfort zone) membuka ruang kepada persaingan.

Oleh itu, usahawan yang mahu terus berjaya perlu cari titik perbezaan bagaimana mereka boleh menawarkan sesuatu yang berbeza kepada pelanggan yang boleh memberikan mereka kelebihan berbanding pesaing mereka.

Keselesaan juga membuka ruang kelemahan seseorang lebih – lebih lagi jika mereka tidak peka kepada perubahan yang berlaku dan ambil mudah banyak perkara seperti pelanggan, teknologi, perubahan keadaan semasa dan banyak lagi.

Keadaan zon tidak selesa juga bantu buka minda usahawan untuk kenal pasti punca mengapa sesuatu permasalahan itu terjadi dan seterusnya ambil langkah seterusnya untuk berdepan dengan cabaran.

Penguasaan penyelesaian masalah (decision making ) oleh usahawan mampu mengatasi ketidak selesaan yang mereka alami. Faktor utama yang mendorong juga kepada kepantasan mereka adalah apabila mereka sentiasa teruja menerokai cabaran baru juga yang juga merupakan DNA usahawan.

Ada dua perkara yang saya nampak perlu ada pada usahawan dalam mendepani zon tidak selesa dalam perniagaan mereka iaitu:

  1. Kompetensi usahawan
  2. Memahami fasa perniagaan yang usahawan lalui

Kompetensi Usahawan

Sedang saya membaca kompetensi mengenai usahawan, saya tertarik membaca beberapa kajian yang dijalankan mengenai bagaimana usahawan berfikir dan menjalankan perniagaan mereka.

Apa itu kompetensi usahawan?

Secara ringkasnya, kompetensi membawa maksud kemampuan seseorang untuk melakukan sesuatu tugasan dengan baik dan efisen. Antara kompetensi usahawan yang disebut adalah adalah memiliki enam (6) kompetensi berikut iaitu:

  1. Mencari Peluang – kebolehan mengenal pasti peluang dan bangunkan pasaran dengan pelbagai cara
  2. Membina Perhubungan – kebolehan berkomunikasi yang berkaitan rapat membina jalinan yang baik melalui kemahiran interpersonal.
  3. Mengilhamkan konsep – kebolehan yang menjurus kepada kelenturan individu dalam membuat keputusan, penyelesaian masalah yang rumit, mengambil risiko dan inovasi.
  4. Mengurus – kebolehan untuk mengurus hal berkaitan dalaman dan luaran perniagaan yang menyentuh aspek  sumber manusia, kepimpinan, kewangan, teknologi dan operasi dan banyak lagi.
  5. Berfikiran Strategik – kebolehan berkaitan mewujudkan, menilai dan menjalankan strategi perniagaan.
  6. Komitmen – kebolehan yang memacu usahawan untuk memajukan perniagaan.

Fasa dalam Perniagaan

Menarik bacaan saya daripada Morgan Melyn Marketing mengenai empat (4) fasa utama dalam kitaran perniagaan yang buat seseorang usahawan itu kuat kerana ketidakselesaan ini akan mereka lalui dalam pelbagai fasa dan keadaaan.

  • Fasa permulaan : pada fasa ini perniagaan baru bermula dan kebanyakkan perkara yang berlaku kepada usahawan seperti kewangan, pengurusan, pemasaran dan sebagainya adalah masih terlalu baru.

(Jualan rendah, kos operasi tinggi dan keuntungan minima)

  • Fasa pengembangan : pada fasa ini perniagaan sudah mula menunjukkan tanda – tanda keperluan kepada penambahan modal, pengurusan yang lebih sistematik, penambahan teknologi dan sebagainya. Ini akan membantu untuk meluncur ke tahap seterusnya.

(Jualan meningkat, kos operasi berkurangan, keuntungan meningkat)

  • Matang – pada fasa ini, perniagaan sudah berada dalam keadaan yang stabil kerana sudah mempunyai asas pelanggan yang besar, sistem pengurusan yang terancang, jualan dan keuntungan yang selesa.

(Jualan tiada banyak perubahan, kos operasi berkurangan dan keuntungan meningkat)

  • Penurunan – pada fasa ini selalunya perniagaan sudah harus menyuntik inovasi dalam produk atau perkhidmatan mereka. Ia boleh jadi juga, memperkenalkan sesuatu yang baru kepada pelanggan yang  

(Jualan menurun, kos tiada banyak perubahan dan keuntungan menurun)

Oleh itu, diharap perkongsian di atas dapat memberikan sedikit sebanyak perkongsian untuk kita manafaatkan. Keluar daripada ruang keselesaan buat kita jadi lebih peka dan dapat buat perkara dengan baik lagi.

Sampai jumpa lagi!

One comment

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s