Adakah Anda Usahawan?

“Keusahawanan bukan untuk semua orang”

“Enterpreneurship is not for everyone”

Guy Kawasaki
Photo by RODNAE Productions on Pexels.com

Ramai yang menganggap usahawan dan peniaga adalah dua perkataan yang membawa kepada makna yang sama tetapi digunakan silih berganti. Sebenarnya kedua ini ada perbezaan walaupon ada sedikit kesamaan iaitu kedua mereka menjual produk atau perkhidmatan kepada pelanggan.

5 perkara membawa perbezaan jelas antara usahawan dan peniaga

Saya nak kongsi sedikit maklumat untuk anda lihat bagaimana ia berbeza dan buat perbandingan sewajarnya adakah anda jatuh dalam ketegori yang mana.

a. Motivation

Usahawan mengutamakan minat dan hubungan dengan pelanggan, pekerja dan penerima faedah kepada perkhidmatan merka melebihi keuntungan semata-mata. Hubungan baik yang terjalin ini menyebabkan perniagaan yang dijalankan boleh diskalakan dengan baik kerana ‘people’ merupakan aset mereka yang terbesar.

Manakala peniaga keutamaannya adalah keuntungan dalam menjalankan perniagaan mereka.

b. Idea perniagaan

Ini adalah yang paling ketara yang mana usahawan merupakan individu yang membuat perniagaan berdasarkan idea baru dan kembangkan. Ia juga tidak tidak semesti idea yang baru, tetapi diberikan nafas baru atau suntikan inovasi yang mampu dikembangkan dan diketengahkan sebagai satu produk atau perkhidmatan baru.

Manakala, peniaga pula menjalankan perniagaan dengan berpandukan apa yang sudah ada di pasaran dan adaptasi dalam perniagaan mereka.

c. Penerimaan terhadap risiko

Usahawan merupakan seseorang yang mampu mengambil risko yang tinggi untuk mecapai kejayaan dan merealisasikan idea perniagaan mereka untuk berjaya.

Peniaga sangat berkira terhadap pengambilan risiko dan apabila diterjah dengan risiko mereka akan memilih untuk tidak terlibat dalam perniagaan yang sedemikian.

d. Penciptaan Pasaran Baru

Usahawan merupakan seorang yang melihat pasaran baru sebagai satu peluang untuk dapat lebih banyak pelanggan. Ini bermaksud dengan idea baru yang beliau miliki serta kesediaan beliau mengambil risiko menyebabkan pemandangan beliau sangat optimistic untuk menembusi pasaran baru.

Peniaga sebaliknya konservatif dan tidak bersedia untuk mengambil risiko untuk cipta pasaran baru.

e. Peneraju Pasaran

Usahawan mempunyai jatidiri yang sangat kuat untuk mengembangkan perniagaan mereka yang menyebabkan kehadiran mereka dalam pasaran adalah berbeza. Pembaharuan yang mereka bawa membolehkan mereka bersaing sebagai peneraju pasaran.

Sebaliknya, peniaga hanya salah seorang pemain dalam pasaran mereka dan yang amat berisiko tinggi jika ada permainan harga atau diskriminasi dalam pasaran tersebut.

Saya harap perkongsian ini dapat manafaat untuk anda semua dan semoga kita jumpa lagi.

One comment

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s