Kejayaan untuk mencapai untuk apa yang kita idamkan menjadi impian setiap usahawan di luar sana.
Menjadi usahawan menuntut kesabaran, minat dan kesungguhan dalam menghadapi cabaran dan liku kehidupan berada dalam perniagaan.
“Untuk berjaya, anda perlu ada hati dalam perniagaan, dan perniagaan di dalam hati anda”
Thomas Watson Sr.-
Ramai yang menceburkan diri dalam perniagaan yang sesungguhnya menuntut seseorang itu mempunyai jiwa yang luar biasa untuk mencapai setiap sasaran yang dikehendaki. Bukan mudah menjadi seorang usahawan dan mereka semua adalah sangat istimewa. Tidak kira kecil atau besar perniagaan itu mereka tetap istimewa kerana memilih untuk meningkatkan ekonomi keluar, komuniti dan negara dengan keberanian yang luar biasa.

Apa yang ada pada usahawan yang berjiwa besar?
Saya baca satu petikan menarik mengenai kualiti usahawan yang berjaya yang dinyatakan oleh inc.com.
Menarik seperti yang dinyatakan oleh penulis, tidak ada satu pola atau kerangka dasar untuk menentukan kejayaan keusahawanan seseorang, tetapi dengan mengetahui kekuatan yang anda mampu bangunkan, dapat meningkatkan kesedaran and bila anda perlu menggunakannya mengikut kesesuaian dan kehendak keadaan.
Individu yang menguasai hati membawa tujuan, semangat, dan dahaga ke dunia perniagaan
inc.com-
- Hati
Hati adalah yang paling penting yang menentukan kejayaan kita dalam mengemudi perjalanan yang serba mencabar sebagai usahawan. Apa pon yang kita lakukan bukan sahaja fokus kepada keuntungan semata tetapi bagaimana kita dapat menawarkan
2. Bijak
Bijak menilai masalah dan cabaran yang dihadapi pelanggan dan mancari peluang menukarkan cabaran itu kepada peluang yang boleh menjana pendapatan. Usahawan juga mampu melihat cabaran yang mereka hadapi daripada beberapa penjuru supaya penyelesaian bukan bertumpu kepada masalah sahaja.
3. Gerak hati
Bukan semua keputusan yang kita buat adalah berdasarkan fakta dan logik akal sahaja. Ada banyak insiden, bila kita sudah kumpul semua maklumat dan keputusan yang kita ambil itu tidak seperti apa yang kita sebenarnya harus lakukan berdasarkan fakta yang ada. Kenapa?
Ini sebab bila kita berfikir dan menimbangkan semua maklumat itu, hati rasa tak sedap dan kita tak tidak teruskan. Ada juga ketika,kita buat keputusan untuk buat sesuatu tanpa ada cukup maklumat dan data yang menyokong kita.
4. Tuah
Pendapat saya tuah ini sangat subjektif kerana tuah ini juga tidak datang bergolek begitu sahaja. Usaha dan kerja kuat merupakan satu kehendak untuk kita mendapat tuah. Kita kena selalu percaya tidak semua orang berjaya apabila mereka membuat percubaan pertama. Ramai yang berjaya setelah berkali-kali mencuba dan itu lah yang kita boleh baca mengenai kejayaan ramai jutawan yang menjalankan perniagaan.
Saya tetap percaya, perlu banyak kesabaran, tekad dan komitmen untuk menjadi seorang usahawan.
Ia juga memerlukan banyak pengorbanan dan setiap pengorbanan serta cabaran itu berbeza daripada satu individu kepada individu yang lain.
Yang penting, kita tetap kuat berusaha, jangan mudah putus asa dan lihat semua cabaran itu sebagai satu peluang untuk kita lebih berjaya.
Semoga kita berjumpa lagi di artikel akan datang.