‘Growth Mindset’ Tangani Masalah Kepupusan Idea Dalam Perniagaan

Usahawan perlu memiliki pemikiran yang sentiasa inginkan penyelesaian bagi mewujudkan idea baru untuk menangani cabaran jangka pendek dan panjang yang dilalui oleh mereka. Ini yang dimanakan ‘growth mindset’ yang akan kita kupas pada hari ini.

Hakikatnya, suka atau tidak kelenturan kita terhadap perubahan persekitaran perniagaan punya impak yang terus kepada perniagaan kita. Ada banyak situasi perniagaan kita boleh terjejas di sebabkan oleh dua faktor utama:

Faktor luaran yang kawalan oleh usahawan itu rendah contoh yang melibatkan kestabilan politik, ekonomi, pasaran, industri, pengawalanseliaan dan banyak lagi.

Faktor dalaman yang mana usahawan punyai kawalan yang kuat yang merujuk kepada pengurusan, kewangan, pemasaran dan operasi.

Growth membawa maksud pertumbuhan.

Ini adalah merujuk kepada pemikiran seseorang yang percaya apa sahaja berlaku kepada beliau merupakan satu cabaran baru yang boleh diatasi dengan kebolehan yang beliau miliki atau mendapatkan sokongan daripada keluarga, rakan-rakan dan pasukan.

Ini juga membawa kepada satu fakta penting yang kita harus tahu setiap insan di dunia ini dilahirkan dengan kebolehan mereka yang tersendiri.

Asasnya semua kebolehan itu boleh menjadi lebih baik dan dipupuk dengan ilmu dan kemahiran.

Selebihnya terpulang kepada seseorang itu mengaplikasikan kebolehan yang dimiliki dalam perniagaan mereka.

Beberapa perkara yang membentuk ‘growth mindset’

  • Fokus kepada penyelesaian dan bukan masalah

Pemikiran yang terlalu melihat cabaran sebagai masalah akan menutup peluang minda kita melihat daripada aspek yang berbeza. Ini kerana apa yang kita fikirkan itu akan menyebabkan ia mempengaruhi percakapan dan tindakan kita.

Mudah, bila lebih banyak masa diluangkan memikirkan masalah, lebih banyak masalah akan datang kepada kita.

  • Kegagalan adalah satu peluang untuk lebih berjaya

Ini juga merupakan satu situasi di mana kita perlu faham ramai usahawan yang kini berjaya melalui beberapa siri kegagalan dalam perniagaan mereka. Begitu juga bila kita cerminkan kegagalan dalam kehidupan kita dan dimana kita berada hari ini.

Lihat semila bagaimana kita mengatasi saat – saat sukar dalam kehidupan kita dan apa tindakan yang kita ambil untuk keluar daripada kesukaran itu.

  • Cari inspirasi daripada orang yang berjaya

Belajar daripada orang berjaya akan bantu kita pendekkan masa kita belajar untuk bina perniagaan kita. Dahulu, kalau kita baca sejarah ramai yang merantau berbatu-batu naik kapal untuk dapatkan ilmu daripada ilmuan terkenal. Walaubagaimana pon sekarang sudah banyak berubah dengan adanya teknologi.

Ada usahawan yang dah berjaya tulis buku, buat kursus secara atas fizikal dan atas talian, ada laman sesawang yang berkongsi strategi mereka dan sebagainya. Ada juga yang menawarkan khidmat mentoring percuma dan berbayar.

Orang cakap hendak seribu daya, kita cari sungguh-sungguh di mana mereka dan belajar lah daripada mereka.

  • Fokus kepada proses dan bukan hasil

Bila kita berada dalam ‘growth mindset’ kita akan lebih jelas yang kita hendak lakukan sesuatu mengikut langkah -langkah yang kita sudah lakarkan untuk capai hasil yang kita mahukan.

Contohnya, ada lima langkah sebelum pelanggan dapat menikmati makanan yang mereka tempah di kedai kita.

Jadi bila kita fokus kepada proses mungkin kita nak lihat bagaimana kita boleh sediakan makanan ini dalam tempoh kurang 10 minit kerana pelanggan merungut kerana penyediaan mengambil masa terlalu lama.

  • Tabah dan berfikiran positif

Walaubagaimana pon apa yang menyebabkan perniagaan tidak mampu bertahan ialah apabila usahawan sendiri berputus asa dan menganggap cabaran ini satu noktah kepada perniagaan.

Suka atau tidak, kekuatan jati diri dan ketabahan yang merupakan tunjang kepada perniagaan itu sendiri dan kecanggihan teknologi atau sokongan yang lain hanya sebagai pemboleh kepada kejayaan tersebut.

Di harap perkongsiaan di atas membuka minda kita untuk melihat keupayaan ‘Growth Mindset’ sebagai satu usaha berterusan yang kita mesti praktiskan.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s