Kemaskan Pengurusan Kewangan Anda

Saya benar-benar yakin keadaan ekonomi yang mengecut akibat tekanan pandemik memberikan impak yang luar biasa kepada perniagaan. Ada perniagaan yang terjejas keseluruhannya, ada yang separuh terjejas dan ada yang bertambah baik rezekinya akibat tekanan pandemik. Ukuran jelas yang saya dapat lihat, adalah bagaimana anda sebagai kapten dalam perniagaan, merencanakan perjalanan perniagaan anda.

Straight to the point, saya nak anda fikirkan apa yang perlu anda lakukan untuk memperkemaskan aliran kewangan perniagaan anda.

Photo by Pixabay on Pexels.com

Tiga (3) langkah menilai kelangsungan perniagaan anda…

  1. Ketahui kedudukan kewangan syarikat anda – anda perlu jelas..sebelum dan semasa perintah kawalan pergerakan, berapa banyak jualan harian anda…merosot atau meningkat?
  2. Apakah kesan kedudukan kewangan syarikat kepada perniagaan anda? Bolehkah anda bertahan? Sebulan, dua bulan, enam bulan atau setahun dengan lebihan (reserve) tunai yang dimiliki syarikat.
  3. Apakah yang anda mampu lakukan untuk mengatasi aliran tunai yang terjejas ? rujuk semula empat perkara asas dalam perniagaan yang anda boleh nilai semula operasi, pemasaran, pentadbiran dan kewangan

Langkah seterusnya:

  1. melalui penilaian di atas, jika kewangan syarikat anda benar – benar lemah, dan anda perlu membuat sesuatu mengenai pembayaran pembiayaan perniagaan anda, dapatkan maklumat lanjut melalui pautan di bawah:

2. Susun semula perbelanjaan anda. Jika anda boleh mengurangkan kos operasi, cari jalan terbaik bagaimana anda boleh minimalkan kos operasi anda.

3. Susun semula strategi perniagaan. Jika dahulu mungkin pelanggan datang ke kedai, buka satu lagi saluran untuk jana pendapatan di atas talian. Memang tidak mudah, tetapi jika anda pantas sekurang-kurangnya anda mempunyai segmen pelanggan baru.

4. Jika perniagaan memang tidak mampu beroperasi kerana sektor itu sendiri lemah, cari jalan untuk jana pendapatan yang lain. Jangan putus asa, banyak lagi sektor lain yang mampu meraih pendapatan yang baik akibat pandemik. Anda boleh rujuk beberapa artikel yang pernah saya tulis mengenai peluang yang ada di dalam blog ini.

Insyaallah, hendak seribu daya tak mahu seribu dalih. Sehingga kita berjumpa lagi di petikan yang akan datang.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s