
Krisis ada satu fasa dalam perniagaan . Tak semua yang kita rancang menjadi dan tak semua yang biasa kita ada lakukan sesuai untuk perniagaan kita. Contoh paling ketara apabila selera pengguna berubah, keadaan persekitaran perniagaan menduga kita untuk terus kekal bertahan, ancaman persaingan dan banyak lagi. Ramai yang mudah melatah, membuat keputusan drastik, ubah segala halatuju perniagaan dan akhirnya semua tak menjadi. Ada juga ambil jalan mudah, tutup perniagaan dan terbeban dengan tanggungan hutang.
Ambil langkah bijak. Jangan panik.
Anda baca tiga (3) tips dibawah untuk kuasai beberapa perkara untuk menangani krisis dalam perniagaan.
Pertama, ambil masa untuk hadam dan semak hal di bawah. Adakah krisis ini memberikan kesan kepada tiga (3) perkara di bawah?
- Aliran tunai perniagaan (cash flow syarikat) – Ini adalah nadi perniagaan. Tiada aliran tunai, sukar nak pulihkan yang lain. – Teliti, adakah akibat daripada krisis ini, aliran tunai terjejas dalam tempoh yang bagaimana? pendek, sederhana atau jangkamasa panjang. Kemudian perhalusi perlukah anda berbincang dengan pembekal, pihak bank atau pemegang saham.
- Modal / pembiayaan – Adakah anda mampu bertahan tanpa suntikan modal? Jika anda perlukan modal atau dana tambahan, untuk apakah ia akan digunakan. Anda tidak boleh pukul rata untuk memastikan kelangsungan perniagaan. Kena tahu untuk apa dan bagaimana suntikan tambahan ini untuk aktiviti yang dikenal pasti itu dapat membantu anda bertahan.
- Bisnes Model – Saya pernah kongsikan mengenai bisnes model dalam artikel yang lepas yang menyentuh 5 aspek mengenai (i) segmen pelanggan, (ii) strategi pemasaran, (iii) kos perniagaan, (iv) produktiviti dan (iv) nilai kemanusiaan dalam perniagaan. Boleh semak beberapa contoh bisnes model tradisional yang saya turut kongsikan dalam artikel yang sama.
Kedua, adakah anda memerlukan sokongan atau bantuan untuk menyelesaikan aspek yang terjejas di atas? Jika ya, kenal pasti siapa yang boleh membantu anda dan hubungi mereka.
Ketiga, susun strategi perniagaan anda supaya anda mampu memperkemaskan ‘action plan’ yang telah perhalusi.
Akhir kata, kita tidak boleh terus menghadapi krisis dengan melulu. Tidak semestinya semua krisis itu buruk untuk perniagaan kita.
Kadang kala, krisis ini adalah merupakan satu ujian yang membuka peluang dan ruang untuk menjadikan perniagaan kita lebih baik daripada sebelumnya.
Saya harap perkongsiaan ini membantu. Sehingga jumpa lagi dalam artikel yang akan datang.