Bina Kekuatan Mental Untuk Berjaya

Keusahawanan merupakan satu bidang yang membolehkan seseorang itu mencorak hala tuju perniagaan mereka sendiri. Anda bebas berkarya kerana perniagaan ini milik anda. Secara amnya, ada yang memang bercita-cita nak jadi usahawan dan ada juga yang menjadi usahawan kerana kehendak situasi. Walau apa jua alasan, tak kira kecil atau besar, ringkas atau kompleks perniagaan itu, segalanya bergantung kepada jatidiri usahawan itu sendiri. Kekuatan mental untuk melihat perniagaan terus maju kehadapan menjadi satu pembakar semangat dan asas utama kejayaan sesuatu perniagaan.

Seperti kita sedia maklum, perniagaan permulaan yang berusia kurang daripada tiga tahun sangat cenderung untuk gagal. Ini bukan lah satu maklumat baru, tetapi banyak kajian yang telah dijalankan yang menunjukkan banyak cabaran yang dihadapi dalam tempoh awal perniagaan.

Menurut Small Business Administration (SBA) pada tahun 2019, kegagalan perniagaan permulaan adalah lebih kurang 90%.

Kajian yang dijalankan menunjukkan 21.5% perniagaan permulaan gagal pada tahun pertama, 30% gagal pada tahun kedua, 50% gagal pada tahun kelima dan 70% gagal pada tahun ke sepuluh. Antara punca kegagalan adalah kerana gagal merancang kewangan, berada dalam pasaran yang tidak sesuai, tidak cukup analisis pasaran, perkongsiaan yang tidak mencapai kesepakatan, pemasaran yang tidak berkesan, dan gagal menguasai pasaran.Antara yang dicadangkan adalah dengan membuat penentuan matlamat yang jelas, kajian pasaran yang lebih terperinci, minat dan tidak mudah mengalah.

Saya nak kongsi lima cara membina kekuatan mental untuk usahawan dan skop pembinaan mental yang ini juga boleh diaplikasi dalam kerjaya. Jom baca!

  • Kenal pasti kejayaan dalam definasi sendiri.
    • Tentukan kejayaan yang bagaimana akan memberikan kepuasan kepada diri anda. Tidak perlu tiru orang lain. Perlu ada penanda aras untuk mencapai kejayaan.
    • Letak ‘goal’ atau impian yang ingin dicapai dan perlu disertai dengan pelan tindakan.
  • Alihkan pemikiran negatif dengan pemikiran produktif
    • Kebolehan mengatasi pemikiran negatif akan membuahkan hasil yang positif. Latih minda untuk olah perkataan tersebut dengan lebih positif:
      1. Saya tidak boleh menjadi ‘saya boleh’
      2. Saya tidak suka menjadi ‘saya suka’
      3. Saya tidak ada masa menjadi ‘saya akan cari masa’
    • Minda yang positif melahirkan tindakan yang membawa kepada produktiviti
  • Bersyukur dengan apa yang kita miliki
    • Bersyukur dengan apa yang kita perolehi setelah kita berusaha. Dan tidak menyalahkan diri jika kita tidak mampu mencapai apa yang kita ingini.
    • Mula lah menulis journal kesyukuran untuk mencatit setiap apa yang kita mampu dan miliki untuk mengingatkan diri kita
  • Terima keterbatasan anda
    • Tahu apa batasan anda dan terima kita tidak sempurna dalam semua perkara
    • Mungkin ada perkara yang kita perlukan pertolongan daripada rakan-rakan dan saling bantu-membantu
  • Tenang menghadapi cabaran
    • Kekal tenang. Dalam situasi panik, kita akan celaru dan tidak dapat membuat keputusan sewajarnya.
    • Ambil masa untuk bertenang, dan kemudian berfikir semua untuk mencari solusi kepada permasalahan anda dan cari rujukan untuk bantuan.

Saya harap untuk berkongsi dengan lebih banyak lagi maklumat berkaitan peningkatan kendiri untuk membantu usahawan membina ketahanan mental yang baik.

Mental positif membantu anda untuk memacu perniagaan dengan lebih bertenaga dan cemerlang!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s