Reflek : Tiga (3) Ds membentuk kebiasaan baru

Hari pertama untuk tahun 2021.

Ramai yang dah membuat banyak posting – posting pencapaian dan tidak kurang yang berkongsi cabaran dan liku-liku yang mereka lalui sepanjang tahun 2020 di media sosial. Tahniah, rata-rata semua bersemangat menempuh tahun baru dengan minda yang begitu positif. Tidak dinafikan 2020 adalah tahun yang sangat luar biasa. Tetapi ia juga memberikan kita semua satu anjakan paradigma baru untuk terus melihat 2021 dengan positif.

Photo by Grace Yang from FreeImages

Menurut artikel daripada entrepreneur.com salah perkara yang sangat penting buat usahawan adalah membuat keputusan. Dalam kata lain, sebagai seorang pemimpian, pemilik dan rakan kongsi dalam perniagaan anda mempunyai suara untuk membuat keputusan. Meskipun, kadang kala melengahkan keputusan adalah terbaik untuk membolehkan anda berfikir dengan lebih jelas, tetapi jika setiap kali ia di lengahkan ia boleh di klasifikasi sebagai ‘mengelak‘ daripada membuat keputusan. Ada pepatah melayu menyebut:

Kerja bertangguh tidak menjadi, kerja beransur tidak bertahan

Saya mengikuti Brian Tracy yang merupakan seorang pakar motivasi berbangsa Kanada Amerika. Beliau telah menulis banyak buku yang telah berjaya diterjemah dalam pelbagai bahasa dan dijual di seluruh dunia. Salah satu buku yang laris terjual bertajuk “Makan Katak Itu“. Buku ini adalah berasaskan metaphor seorang puteri yang mencium seekor katak dan tekad melakukannya kerana keazaman yang katak itu akan bertukar menjadi seorang putera yang amat beliau cintai.

Apa yang beliau sampaikan di dalam buku ini menyentuh bagaimana kita boleh menguruskan tugasan yang paling sukar untuk dilakukan dahulu dalam senarai tugasan harian. Beliau berpendapat, sekiranya kita berjaya mendepani tugasan sukar dengan baik, perjalanan harian kita akan jadi lebih mudah. Secara amnya, kita akan bertangguh untuk melakukan perkara yang sukar. Selalunya, tugasan ini merupakan 20% perkara yang akan memberikan 80% pulangan kepada perniagaan atau kehidupan kita.

Oleh itu, salah satu cara yang dicadangkan dalam buku untuk mempupuk asas kebiasaan baru adalah dengan menjadikan tugasan sukar sebagai satu kebiasaan baru. Brian mencadangkan amalan tiga (3) Ds untuk membentuk kebiasaan baru:

  1. Decision [keputusan] – Buat keputusan apa yang anda hendak jadikan kebiasaan baru.
  2. Discipline [displin] – Bina displin diri untuk melakukannya berulang kali. Hari-hari selesaikan tugasan sebagai satu keutamaan [prioity]
  3. Determination [keazaman] -Balut dua perkara di atas [keputusan & keazaman] dengan keazaman.

Semoga perkongsian di atas bermanafaat!

3 comments

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s