Bagaimana menilai kesediaan perniagaan untuk berkembang?

Kerjaya saya membolehkan saya bertemu pelbagai lapisan usahawan. Semangat mereka yang luar biasa amat saya kagumi dan saya pinjam untuk dijadikan panduan kepada usahawan yang lain. Pengalaman lebih lima tahun (5) dalam pembangunan kapasiti dan penyelidikan berkaitan keusahawan menyebabkan saya begitu terpanggil untuk menulis dan berkongsi di dalam blog ini. Sedikit sebanyak semoga usahawan yang membaca ini terjentik hatinya untuk mencari ilmu untuk memperkukuhkan perniagaan mereka.

Tiga tahu lepas, saya dapat bertemu seorang usahawan muda yang sangat berjaya membuka restoran pertama beliau di tengah ibukota. Orangnya muda dan sangat bersemangat. Beliau berjaya membuka cawangan kedua kurang daripada setahun selepas restoran pertama beroperasi. Perkongsian yang beliau berikan pada saya sangat terkesan sehingga hari ini.

Menurut beliau membuka restoran pertama tidak sukar. Kita kena mantapkan segala ilmu dan skill yang perlu sebagai pemilik perniagaan. “Saya buat betul-betul dan saya pastikan layanan saya pada pelanggan ‘excellent “. Kurang setahun, beliau benar – benar dapat mengemudi semuanya dengan baik. Tidak ada masalah langsung mengenai aliran tunai dan berlandaskan alasan itu beliau membuka cawangan kedua.

Semuanya baik pada bulan pertama sehingga bulan kedua beliau mengalami kebocoran aliran tunai. Masalah lokasi, masalah pekerja, pelanggan tidak datang dan macam-macam lagi. Keuntungan yang dijana daripada cawangan pertama digunakan untuk menampung kerugian cawangan kedua. Antara pengajaran [learnings] yang dikongsikan oleh beliau adalah pengalaman masih tak cukup dan keputusan untuk membuka cawangan kedua diambil terlalu cepat.

Ini cuma salah satu kisah yang saya dapat kongsikan dan antara cabaran perniagaan baru. Menurut Forbes tiga (3) sebab umum mengapa perniagaan kecil gagal pada tahun pertama adalah

  • produk atau perkhidmatan tidak jelas – seperti yang kita bincangkan pada beberapa artikel saya yang lepas seperti tawaran nilai, sasaran pelanggan dan penjenaman
  • struktur peniagaan tidak kemas – manual operasi tidak kukuh atau tidak ada, aktiviti pemasaran yang tak terancang dan banyak lagi
  • Pengasas tidak benar – benar bersedia – persedian pengasas meliputi aspek persediaan sebagai pemimpin syarikat dan ilmu pengetahun mengenai pengembangan perniagaan

Jadi, apa nak lakukan untuk buat membuat pra persediaan ke fasa pengembang?

Secara ringkasnya, tiada siapa yang dapat memberikan anda jawapan paling tepat kerana segala keputusan adalah di atas diri anda sendiri. Tujuh (7) soalan di bawah daripada imaginsium boleh memberikan anda indikasi sama ada anda sudah bersedia atau tidak. Ambil masa dan tulis atas sekeping kertas untuk semua jawapan ke atas tujuh (7) soalan tersebut. Fikirkan secara kritis setiap jawapan pada soalan-soalan tersebut.

  1. Adakah tenaga kerja anda mencukupi?
  2. Bagaimana kemampuan kapasiti anda untuk menerima tempahan?
  3. Bagaimana anda akan maklumkan kepada pekerja, pelanggan dan vendor?
  4. Apa rancangan anda untuk kempen pemasaran bersasar?
  5. Adakah anda mempunyai sumber kewangan yang mencukupi?
  6. Apakah yang membolehkan anda bersaing secara kompetitif di luar?
  7. Bagaimana anda berkembang dengan tidak menyisihkan pelanggan sedia ada?

Jika anda dapati, masih ada kelompongan yang anda tidak jawab, anda memerlukan orang yang lebih berpengalaman untuk membantu. Tetapi, walau apa juga maklumat yang diberikan, jawapan yang paling tepat sama ada anda sudah bersedia atau tidak, ada pada anda sendiri.

Semoga perkongsian ini dapat membantu. Wallahualam.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s