Kedai barangan terpakai juga dikenali sebagai kedai bundle atau kedai streetwear atau kedai preloved bukan sesuatu yang asing di Malaysia. Ia sudah tidak lagi menjadi tumpuan golongan bawahan, tetapi sudah mula diterima baik oleh pelbagai lapisan masyarakat. Sifatnya kini lebih universal. Bukan sahaja kedai fizikal, ia juga dijual secara atas talian dan penjual juga menggunakan platform ‘live-stream‘ untuk membolehkan pelanggan book dan terus bayar. Sungguh menarik!
Saya berkesempatan berkunjung di sebuah kedai pakaian preloved daripada Jepun baru-baru ini. Sambutan pelanggan terhadap kedai seumpama ini amat luar biasa. Jika pada zaman saya dahulu, kedai bundle hanya beroperasi secara serba sederhana, ada yang pacak payung dan berniaga, kini fenomena ini sudah berubah. Segmen perniagaan terpakai sudah mula di dominasi oleh golongan muda dan mampu menjanjikan pulangan yang tinggi.

Apa barangan popular yang kebiasaannya dijual?
Pakaian pelbagai musim, kasut, barangan kelengkapan rumah, beg tangan, permainan kanak-kanak dan macam-macam lagi.
Berapakah harga yang ditawarkan?
Serendah lima ringgit ke ratusan ringgit terpulang kepada kualiti barangan yang dipamerkan
Kedai barangan terpakai sekitar Kuala Lumpur
- Vintage Clothing Family Bundle – 17, Jalan Wawasan 2/3, Bandar Baru Ampang, 68000 Kuala Lumpur
- Jalan Jalan Japan – KL Store – Unit L3 Level 1Shamelin 56100, 032, Jalan Wangsa Perdana 1, Au 3, 53300 Kuala Lumpur
- Junk Book Store – 78, Jalan Tun H S Lee, City Centre, 50050 Kuala Lumpur
- Cash Converters Setapak – A-01-01 Starparc Point, Taman Danau Kota, 53300 Kuala Lumpur
- Second Hand Shop Gombak – Lot 2965-A Jalan Kampung Tengah Gombak, Gombak, 68100
- Baden Baden Bundle Setapak -Lot 3 5, 4, Jalan Genting Kelang, Danau Kota, 53300 Kuala Lumpur
Sepuluh (10) fakta menarik mengenai potensi perniagaan terpakai yang anda perlu tahu!
- Peningkatan 31% dalam senarai terpakai di eBay sejak 3 tahun kebelakangan ini
- Dapat mengurangkan impak alam sekitar 20% dengan memanjangkan hayat pakaian melebihi sembilan (9) bulan.
- Nilai pakaian terpakai dijangka mencecah US $ 64 bilion dalam masa 5 tahun
- Menjelang 2029, fashion pakaian terpakai akan mengatasi ‘fast fashion‘. Fast fashion merupakan segment pakaian ‘trendy’ dan dijual dengan harga murah.
- Survey menunjuk 90% tren ini dikuasai oleh orang muda [Gen Zs] – pelanggan yang berusia bawah 23 tahun yang lebih cenderung membeli pakai terpakai ini
- Peningkatan 75% carian di internet – kata kunci ‘sustainable fashion’ dan carian berkaitan merujuk kepada ‘preloved’ dan ‘resale’
- Asas pengguna meningkat 60 juta di platform e-dagang ‘poshmark.com’ yang berpengkalan di US. Poshmark merupakan platform terbesar yang menjual pakaian terpakai dan dimiliki oleh beberapa dana modal tersohor seperti Temasek – Singapura.
- Permintaan yang tinggi melebihi 20 – 40 peratus untuk barangan terpakai yang mempunyai jenama lestari [sustainable brand].
- Pengguna memilih penghantaran secara khidmat penghantaran lestari secara terus [Sustainable Direct Shipping service] untuk mengurangkan impak kesan rumah hijau
- Dijangkan peningkatan jualan barangan terpakai di atas talian akan meningkat sebanyak 69% di antara tahun 2019 -2021 meskipun industri runcit dianggarkan menyusut 15%.
Anda boleh baca kisah menarik kejayaan anak muda yang berjaya menguruskan perniagaan terpakai dengan hanya bermodalkan RM100. Semoga menjadi inspirasi jika kita benar-benar jelas dalam apa juga perniagaan yang hendak kita lakukan.
Sampai jumpa lagi, insyaallah.
perkongsian info yg bagus 👍
tkasih Dr
LikeLike
Terima kasih Gyan
LikeLike