Pada artikel yang lepas, saya tekankan mengenai lima perkara untuk ada fikirkan dalam menyemak bisnes model anda menjelang 2021. Salah satu daripadanya menyentuh berkaitan harga. Persoalannya, mengapa harga itu penting?
Harga ada hubungan terus dengan UNTUNG….. harga juga merupakan sebahagian daripada strategi pemasaran. Jom semak sama-sama formula ini:
Harga x Kuantiti [produk atau perkhidmatan] – Kos = Untung
Perniagaan yang dijalankan harus ada untung untuk memastikan perniagaan terus mampu beroperasi.

Persoalannya, bila perlu anda tentukan harga?
- apabila anda memperkenalkan produk atau barisan produk baru
- perubahan dalam kos
- memasuki pasaran baru
- tekanan permainanan harga daripada pesaing
- perubahan dalam ekonomi, inflasi dan sebagainya
- anda mengubah strategi pemasaran
Apa Asas Penetapan Harga?
Memahami struktur harga itu penting, terutamanya perbezaan antara margin dan markup adalah perkara asas dalam perniagaan. Harga setiap produk / perkhidmatan yang ditawarkan haruslah boleh menampung kos pengeluaran , kos pengangkutan, kos overhead dan paling penting mestilah ada untung.
Apa itu Margin Keuntungan?
Saya ambil petikan artikel daripada smallbusiness.chron.com mengenai margin keuntungan. Tahukah anda margin keuntungan membolehkan anda membayar perbelanjaan dan mengumpul keuntungan bersih? dengan memiliki margin keuntungan yang konsisten, ia membolehkan anda menjana pendapatan yang berterusan.
Margin keuntungan = Harga Jualan – Kos
Contohnya, anda nak memastikan 40% margin keuntungan dan kos anda adalah RM70. Jadi apakah harga yang anda nak letakkan? Sedikit jalan kerja mudah untuk mendapatkan harga jualan:
[RM70 / (1 – 0.40) ] = RM116.67
Jadi harga jualan anda adalah RM116.17. Bermakna 40% margin keuntungan anda adalah RM46.67.
Anda, boleh perolehi mengenai penetapan harga melalui artikel menarik ini entrepreneur.com.
Anda banyak teknik pentapan harga, cuma saya nak sentuh yang paling asas iaitu teknik Kos Tambah Harga atau ‘Cost Plus Pricing’
Apa itu Kos Tambah Harga (Cost Plus Pricing)
Kos tambah harga melibatkan penambahan harga barang dan perkhidmatan untuk mencapai harga jualan. Di bawah pendekatan ini, anda menambahkan bersama kos bahan langsung, kos buruh langsung, dan kos overhed untuk suatu produk, dan menambahkannya peratusan penambahan untuk mendapatkan harga produk.
Kos Bahan | RM50.00 |
+ Kos Pekerja | RM30.00 |
+ Kos Overhead | RM40.00 |
= Kos keseluruhan | RM120.00 |
+ Keuntungan yang dikehendaki (20% daripada jualan) | RM30.00 |
= Harga Jualan | RM150.00 |
Apa itu kos overhead atau ‘overhead cost’?
Menurut Corporate Finance Institute (CFI) kos overhead ditakrifkan sebagai perbelanjaan yang ditanggung oleh perniagaan untuk terus berniaga. Ia bukan kos langsung dalam penghasilan langsung produk atau perkhidmatan. Kos overhead berbeza mengikut industri. Secara umumnya meliputi beberapa contoh di bawah:
- Sewa
- Utiliti
- Insurans
- Gaji yang tidak khusus pekerjaan atau produk
- Peralatan pejabat seperti komputer atau telefon
- Bekalan pejabat
Kategori kos overhead boleh dibahagi kepada tiga (3):
- Overhead tetap adalah kos yang tetap yang anda akan kena bayar setiap bulan. Contoh gaji pekerja, sewa, susut nilai dan sebagainya
- Overhead berubah kos yang berubah-ubah mempunyai hubungan terus dengan aktiviti perniagaan anda. Contoh kos pengangkutan, kos pengiklanan dan pemasaran.
- Overhead separuh tetap ada kos yang anda tanggung seperti kos commission, kos utiliti yang melebihi jumlah penggunaan yang melepasi penggunaan biasa.
Kesimpulannya, perbelanjaan operasi adalah perbelanjaan yang berkaitan dengan perniagaan dan kos overhead adalah kos umum untuk menjalankan perniagaan.
Insyaallah ada masa dan peluang kita kongsi lagi ya!! Sampai jumpa lagi
[…] banyak keuntungan yang akan diperuntukkan untuk pusingan yang akan datang. Saya ada kongsikan pada artikel yang lepas asas untuk meneetapkan harga dan margin […]
LikeLike