5 Cara Kaji Semula Bisnes Model Untuk Persediaan ke Tahun Baru

Masih belum terlewat untuk memperhebatkan perniagaan anda menjelang 2021. Sekelip mata tahún 2020 makin hampir meninggalkan kita dan dalam masa yang sama kita perlu terus akur menjalankan perniagaan mengikut terma norma baharu . Ramai yang telah berjaya menyesuaikan diri dan tidak kurang yang masih mencari jalan untuk menyesuaikan diri. Menurut Forbes, meskipun perniagaan kecil mengalami impak terus akibat pandemik Covid-19, tetapi mereka mempunyai kelebihan bersaing (competitive advantage) kerana saiz mereka yang kecil. Ini termasuklah membiasakan diri dengan kehendak pelanggan, meng-inovasikan dan menawarkan produk atau perkhidmatan baru dan menstrukturkan perniagaan mengikut keperluan perniagaan.

Photo by Amina Filkins on Pexels.com

Sebagai persediaan, mari ambil ruang dan peluang ini untuk kaji semula bisnes model kita. Seperti kata pepatah:

Hendak seribu daya tak mahu seribu dalih

Jika tidak dipecahkan ruyong, mana nak dapat sagunya

Mulakan lima (5) perkara di bawah untuk menyemak bisnes model anda:

  1. Semak semula segmen pelanggan anda – Ambil peluang untuk analisa sama ada apa yang anda tawarkan masih bersesuaian dengan segmen pelanggan anda. Bandingkan apa yang ditawarkan oleh pesaing tempatan dan luar negara. Ini membantu anda untuk melihat jurang dalam perniagaan anda yang sudah pasti boleh anda atasi.
  2. Optimumkan strategi pemasaran anda – Boleh lihat sama anda sudah mengoptimasikan pemasaran sedia ada atau anda perlu menambah strategi baru.
  3. Kaji semula kos perniagaan anda – Kos merupakan komponen penting dalam perniagaan. Kos Barang Dijual atau COGS memberikan jumlah kos sebenar barang dan perkhidmatan anda. Contohnya, anda sudah berniaga sejak tiga empat tahun lalu, tetapi harga jualan masih sama pada hal kos bahan mentah meningkat. Terpulang kepada anda untuk memikirkan sama ada untuk kaji semula kos bahan atau harga jualan anda.
  4. Cari Jalan Untuk Meningkatkan produktiviti – Dulu ramai beranggapan jumlah pekerja yang ramai dan waktu bekerja yang panjang akan memberi jaminan produktiviti. Kini, kenyataan sebegini tidak lagi betul 100% kerana cara buat bisnes dah banyak berbeza. Antaranya adalah outsource dan remote staffing. Anda boleh baca artikel menarik mengenainya di SINI
  5. Tekankan Nilai Kemanusiaan di Dalam Perniagaan (Humanity in Business) – Bila kita berniaga, wujudkan situasi ‘menang – menang‘ dengan semua orang yang terlibat dalam perniagaan kita. Mereka adalah komponen penting yang membangunkan rangkaian perniagaan anda seperti pekerja, pelanggan, pembekal, rakan kongsi, dan sebagainya.

Buat yang masih tidak tahu apa itu bisnes model, maklumat lebih lanjut saya sertakan di bawah mengenai bisnes model.

Apa itu Bisnes Model?

Menurut strategyzer, bisnes model adalah model perniagaan yang merangka rasional bagaimana organisasi membuat, menyampaikan dan menawarkan nilai tawaran. Anda boleh lihat dengan jelas bila anda memasukkan semua sembilan (9) blok penting dalam perniagaan anda yang dikenali sebagai ‘Business Model Canvas‘.

Terdapat empat (4) bisnes model tradisional yang dikongsikan dalam BigCommerce.com iaitu:

  1. Bisnes kepada bisnes (B2B) – Biasanya bisnes model ini melibatkan kitaran perniagaan (bisnes cycle) yang lebih lama, jumlah yang lebih besar dan memerlukan pengurusan aliran tunai yang kuat.
  2. Bisnes kepada pelanggan (B2C) – Bisnes model ini adalah dimana peniaga barangan atau perkhidmatan terus kapada pelanggan dalam jumlah yang kecil dan jumlah transaksi adalah kecil.
  3. Pelanggan kepada bisnes (C2B) – Bisnes model ini membolehkan pelanggan menawarkan perkhidmatan mereka kepada perniagaan. Contohnya, freelancer (pekerja bebas) menawarkan perkhidmatan i.e media influencer, programmer, pekerja sementara atau sebagainya.
  4. Pelanggan kepada pelanggan (C2C) – Ini adalah model bisnes yang ringkas, pelanggan menawarkan barangan dalam pelbagai medium seperti wang, sistem barter atau sebagainya. Contoh di Malaysia, Mudah.com & Carousell..anda menjual atau tawarkan barangan dengan nilai minima yang tujuannya bukan bermotifkan keuntungan.

Ada banyak lagi banyak lagi bisnes model baru yang disuntik elemen inovasi. Insyaallah, jika ada kesempatan saya akan kongsikan di artikel yang lain.

Sampai jumpa lagi!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s