Mendigitalkan Perniagaan Anda Menuju Ambang 2021

Pendigitalan memberikan impak yang sangat besar dalam menyokong pertumbuhan Perniagaan Kecil atau Sederhana. Saya simpulkan tiga kepentingan mengapa pendigitalan itu perlu untuk usahawan:

  1. Kepantasan- semakin cepat anda dapat melayani, memenuhi tempahan pelanggan dan melakukan traksaksi perniagaan, anda boleh melebarkan empayar perniagaan dan melipat gandakan jualan
  2. Kurangkan kos operasi – digitalization dapat mengurangkan kos manual yang perlu anda tanggung apabila perniagaan anda semakin berkembang
  3. Pengurusan data – Inilah kesukaran yang selalu dihadapi usahawan. Terlalu sibuk, maklumat tidak dapat diuruskan dengan baik terutama yang melibatkan kewangan. Bila nak membuat permohonan permbiayaan, panik sebab rekod simpan kira atau penyata kewangan perniagaan belum dikemas kini. Tiada masa…..
Photo by Pixabay on Pexels.com

Ramai yang tak ambil kisah kerana merasakan saiz perniagaan mereka terlalu kecil. Saya teruja untuk memberi tahu anda tak kira kecil atau besar, digitalization akan bantu anda mengawal perniagaan di hujung jari.

Persoalannya bagaimana nak mulakan dengan langkah yang kecil?

Ada banyak penyelesaian digital yang terdapat di pasaran bersesuaian dengan kehendak usahawan. Solusi yang mampu milik dan mudah digunakan. Saya nak kongsi kan beberapa yang boleh anda pertimbangkan.

  1. Solusi QR Pay – Sekarang ramai pelanggan yang suka kalau mereka ada banyak pilihan untuk membuat pembayaran. Mudah, pelanggan scan, masukkan jumlah bayaran dan transaksi pembayaran terus kepada akaun peniaga. Untuk contoh anda mungkin boleh lihat pautan di SINI. Selain daripada itu aplikasi e-wallet seperti boost, grab dan sebagainya memberikan alternatif kepada pelanggan.
  2. Aplikasi akaun menggunakan cloud – anda boleh akses daripada mana-mana sahaja. Kos langganan juga lebih murah serendah RM2 sehari. Anda tidak memerlukan alatan tambahan. Untuk contoh anda mungkin boleh lihat pautan di SINI
  3. Buka kedai atas talian – Anda boleh jadian kedai atas talian sebagai satu lagi saluran jualan selain kedai fizikal anda. Untuk ada kedai tambahan di atas talian, anda tak perlu belanja besar!
  4. Guna sistem Point-of- Sale (POS) – POS merupakan satu sistem yang menggunakan jaringan komputer dan dihubungkan melalui software dengan beberapa terminal seperti printer, scanner dan cash drawer. Jika anda menjalankan operasi kedai makan, ia akan bermula daripada meja, yang mana pelanggan akan scan menu dan buat tempahan melalui telefon mudah alih mereka. Pelanggan boleh buat pembayaran terus atau bayar di kaunterIni dapat jimatkan masa dan kos, kerana anda tidak perlukan pelayan dan order terus sampai ke kitchen. . Mudah sgt! Dapatkan contoh maklumat di SINI

Akhir kata, kerajaan amat menyokong usahawan dalam usaha mendigitalkan perniagaan mereka. dapatkan maklumat lanjut mengenai geran digital di SINI.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s