Menjual dan Meningkatkan Jualan Atas Talian

Empat (4) sebab mengapa menjual di atas talian memberi perniagaan anda kelebihan berbanding dengan hanya menjual secara fizikal.

  1. Kedai buka 24 jam sehari 7 hari seminggu – Tidak seperti kebanyakan kedai tradisional, perniagaan dalam talian boleh dijalankan walaupun anda tidak berada di hadapan komputer.
  2. Kos operasi rendah – anda tidak payah membayar sewa premis dan bil utiliti yang tinggi
  3. Beroperasi dari mana-mana sahaja – apa yang perlu anda ada hanya talian internet yang baik, telefon bimbit, tablet atau komputer riba. Ikut keselesaaan anda.
  4. Capaian pelanggan anda luar biasa – Anda mampu menjual kepada lebih ramai orang dalam satu masa. Tiada sekatan geografi..juga tanpa sempadan.
Photo by Ekaterina Bolovtsova on Pexels.com

Ada banyak online platform yang menyediakan anda peluang untuk menjual seperti Shopee, Lazada, Prestomall,ebay dan banyak lagi. Hari ini saya nak kongsi mengenai shopee. Alhamdulillah, saya berpeluang menyertai kelas asas menjual di shopee baru-baru ini yang dijalankan dengan kerjasama Shopee dan Credit Guarantee Corporation Malaysia (CGC) Malaysia.

Pembelajaran yang sangat menarik dan saya nak kongsi maklumat ini supaya anda boleh pertimbangkan untuk mula menjual di platform ini:

Mengenai Shopee: Ia merupakan platform yang sedang berkembang pesat dan mempunyai lebih daripada 800,000 penjual yang aktif, lebih daripada 1,150 jenama berada di atas platform ini, dan yang amat penting, pengikut yang melebihi 17 million. Ini bermakna, platform ini sangat berpengaruh. Jika anda berusaha, ikuti kelas yang diadakan di Shopee Universiti, saya yakin anda juga boleh berjaya mencatat jualan yang baik.

Sistem sokongan yang diwujudkan dalam talian ini sangat membantu. Persoalannya BAGAIMANA?

  • Sebagai Penjual ekslusif – anda akan mendapat aset pemasaran tambahan untuk membantu anda
  • Livestream – Ini adalah trend terkini. Anda Jual barang secara Live dan pelanggan boleh terus book dan bayar.
  • Pelbagai kempen yang membantu anda menggalakkan jualan
  • Shopee My Ads – ia berfungsi seperti Ads di platform yang lain untuk membantu anda menarik traffik pembeli ke kedai online anda
  • Shopee University – belajar di atas talian secara percuma. Konten yang disediakan ada pelbagai dan anda boleh sertai ikut kesesuaian anda. Ini juga belajar tanpa sempadan ya

Bagaimana nak mula menjual di shopee?

  • Pertama, daftar masuk di SINI : shopee website – kena masukkan no tel & email
  • Kedua, muat naik produk ke kedai anda (masukkan maklumat dan gambar produk anda)
  • Ketiga, siapkan maklumat kedai dan kategori produk anda
  • Keempat, rancang, jalankan promosi untuk mendapatkan pembeli dan boleh link juga sosial media
  • Kelima, mahirkan diri dengan pembayaran & fungsi interaksi untuk beroperasi

Nak tahu lebih lanjut lagi mengenai bagaimana nak menjual sila klik SINI dan YouTube video di SINI

Yang paling penting tiada sewa yang dikenakan. Shopee hanya akan kenakan bayaran transaksi yang sangat minimal untuk transaksi yang berjaya. Anda juga tak perlu risau mengenai penghantaran, kerana rakan logistik yang bersama-sama platform ini juga ramai seperti PosLaju, J&T, DHL, NinjaVan, theLorry dan ramai lagi.

Nah….tak sukarkan nak mula menjual atas talian. Semua terpulang di tangan anda ikut mana yang selesa, guna telefon mudah alih, guna tablet atau komputer riba dan beroperasi di mana-mana sahaja. Ikut anda!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s