PENGENALAN
Realiti hari ini, kita semua sebahagian daripada sistem ekonomi perkongsian. Ia mudah dan dapat memadankan segmen permintaan (pelanggan) dan penawaran (perniagaan) dengan lebih efisen. Secara tidak langsung, ia dapat mengurangkan kebergantungan kepada orang tengah (middle man) dalam memenuhi transaksi dua segmen tadi. Kos masa, tenaga dan infrastruktur juga dapat dijimatkan.
Menurut The Balance of Small Business “Ekonomi perkongsian adalah salah satu tren perniagaan yang paling cepat berkembang dalam sejarah, dengan pelabur membuang dana modal teroka lebih dari $ 23 bilion sejak 2010 ke syarikat permulaan yang beroperasi dengan model berdasarkan saham. Oleh kerana banyak perniagaan ini bersifat peribadi, jangkaan sebenar ekonomi perkongsian masih tidak dapat diukur dengan jelas” . Ekonomi Perkongsian dijangka berkembang untuk memenuhi keperluan pengguna yang semakin selesa dengan penggunaanya di rantau Asia Tenggara (SEA), dengan 650 juta penduduknya merangkumi Gabungan Produk Domestik Kasar (PDB) hampir USD3 trilion.
Namun, apakah tulang belakang ekonomi perkongsian?
Jawapannya adalah ‘TEKNOLOGI’.

Mengapa usahawan harus ambil tahu mengenai ekonomi perkongsian?
Ekonomi perkongsian membolehkan anda menskalakan perniagaan anda dengan kadar yang lebih cepat. Ini bermaksud, anda boleh melebarkan capaian pelanggan, meningkatkan jualan, dan menawarkan pelbagai produk dan perkhidmatan. Ia lebih mudah, tersusun dan efisen!
Apa itu Ekonomi Perkongsian?
Menurut Oxford English Dictionary, ekonomi perkongsian di definisikan sebagai sistem ekonomi di mana aset atau perkhidmatan dikongsi antara individu persendirian, sama ada percuma atau dengan bayaran melalui internet. Ada empat jenis ekonomi perkongsian yang ditakrif di bawah Malaysia’s National Framework and Strategic Roadmap on Sharing Economy,: (1) Perkongsian Aset Nyata, (2) Perkongsian Aset Tidak Nyata, (3) Perkongsian Barangan dan (4) Perkongsian Kewangan

Sumber: daripada MDEC
Ekonomi perkongsian juga membuka ruang untuk ekonomi gig untuk turut sama berkembang. Gig ekonomi adalah sebuah model ekonomi yang memerlukan organisasi atau perniagaan beroperasi dengan bergantung kepada pekerja bebas. Ia juga merupakan sebuah model ekonomi yang memerlukan pekerja dan peniaga menggunakan sistem kontrak atau projek untuk aktiviti perniagaan mereka.Secara tidak langsung, usahawan boleh mencari bakat (talent) atau pekerja apabila diperlukan untuk memenuhi tugasan atau tempahan dalam sesuatu tempoh. Pekerja tidak terikat dan ini adalah situasi ‘menang-menang‘ buat kedua pihak.
Kesimpulannya, anda boleh lihat beza antara ekonomi perkongsian dan ekonomi gig di bawah:
Ekonomi Perkongsian | Ekonomi Gig |
membolehkan individu dan keluarga memanfaatkan aset yang dimiliki dan menyewanya kepada orang yang memerlukannya. | apabila individu menawarkan perkhidmatan mereka secara sambilan kepada syarikat-syarikat kecil dan besar. |
Sesungguhnya peluang anda untuk memperluaskan perniagaan anda begitu besar. Persoalannya adalah anda bersedia?
Insyaallah, saya akan kongsikan lebih banyak lagi mengenai ekonomi perkongsian pada [Bahagian 2]