Amalkan Dua J Dalam Menyediakan Maklumat Kepada Pelanggan

Pelanggan hari ini cenderung menggunakan maklumat di atas talian untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai sesuatu produk atau perkhidmatan. Jika dahulu, pengguna bergantungkan kepada maklumat yang dipaparkan pada dada akhbar dan majalah, kini semua maklumat itu berada di hujung jari. Menggunakan internet sahaja, ada peniaga yang menggunakan taktik ‘viral’ melalui media sosial untuk meraih jualan dengan segera. Ada yang benar-benar berjaya dan tidak kurang daripadanya yang mendapat tomahan pelanggan. Puncanya, maklumat tidak jelas.

Kesannya apabila pelanggan tidak dibekalkan dengan maklumat yang mempunyai kuasa J, ini yang selalu menyebabkan pelanggan kecewa. Mudah, kerana tanggapan pelanggan melebihi tawaran yang anda boleh sediakan. Dalam erti kata Inggeris ‘do not meet expectation‘. Ia bukan perkara yang anda boleh ambil lewa, kerana ia boleh mengakibatkan anda kehilangan pelanggan dalam sekelip mata sahaja.

Tahukah anda dua (2) J perlu ada dalam apa sahaja maklumat yang anda sediakan kepada pelanggan?

Apa itu dua (2) J?

  1. JELAS

Dalam kita bersemangat menjual, cuba perhalusi jika anda sudah mencakupi maklumat yang dinyatakan di bawah.

  • Apakah produk atau perkhidmatan yang anda sediakan?
  • Siapakah kumpulan sasaran yang akan mendapat manafaat daripada produk atau perkhidmatan anda?
  • Bagaimana produk atau perkhidmatan anda dapat membantu pengguna?
  • Apakah penyelesaian yang anda tawarkan kepada pengguna?
  • Bagaimana pelanggan boleh mendapatkan produk atau perkhidmatan anda? Jika anda mempunyai beberapa saluran jualan, nyatakan.
  • Berapa harga barangan atau produk yang anda tawarkan?
  • Apakah jaminan kepada pembelian produk atau perkhidmatan anda?
  • Di mana premis jualan anda?
  • Nyatakan secara jelas masa dan hari anda beroperasi
  • Jika lepas waktu operasi, bagaimana mereka boleh berhubung dengan anda? Adakah anda mempunyai saluran alternatif?

2. Jujur

Ini adalah etika perniagaan yang saya nyatakan pada blog yang lepas. Jangan mengelirukan pelanggan. Jika anda menjual produk yang belum mendapat kelulusan standard atau sebagainya, jangan tipu pelanggan semata-mata nak dapatkan jualan. Jangan menipu timbangan ataupon kandungan dalan sesuatu produk. Ini semua adalah big NO.

Secara kesimpulannya, saya ingin petik hasil bacaan saya minggu ini:

Sekiranya perniagaan anda jujur dan berterus terang, anda mungkin melihat kenaikan pangkalan pelanggan anda. Satu kajian mendapati bahawa 94% pengguna akan setia kepada jenama yang telus.Kenapa? Kerana kejujuran dalam perniagaan membawa kepada kepercayaan kepada pelanggan. Pelanggan akan terus menyokong perniagaan yang mereka percayai.

Boleh baca lebih lanjut mengenai ‘Transparency in Business‘ di pautan ini: https://www.forbes.com/sites/mikekappel/2019/04/03/transparency-in-business-5-ways-to-build-trust/?sh=183f8b766149

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s