Pembungkusan Menarik Untuk Produk Anda

Pembungkus produk adalah merupakan salah satu alat pemasaran perniagaan anda. Mempunyai pembungkusan yang menarik memberi anda peluang untuk menyampaikan mesej ringkas mengenai perniagaan anda. Sama ada perniagaan anda kecil atau besar, pembungkusan yang menarik perlu diberikan perhatian.

Tahukah anda sebenarnya ada tiga (3) fungi utama pembungkusan?

  • Perlindungan – Melindungi produk daripada sebarang kerosakan disebabkan oleh suhu, pengangkutan, cuaca, makhluk perosak dan sebagainya.
  • Medium Komunikasi – medium untuk memberikan maklumat mengenai produk yang anda sediakan seperti nama syarikat, alamat, ramuan produk, tarikh luput, barcode, pensijilan dan sebagainya
  • Promosi – Apa yang anda tawarkan seperti cabutan bertuah, diskaun, dan sebagainya. Ada produk yang menggunakan pembungkusan bersesuaian untuk sambutan perayaan.
Photo by Pixabay on Pexels.com

Tiga (3) aspek pembungkusan yang perlu diberikan perhatian?

  • Pilih warna yang menarik– Pemilihan warna yang menarik bersesuaian dengan jenama anda ada aspek penting dalam reka bentuk pembungkusan. Penyelidikan mendapati bahawa 93% pembeli menumpukan pada penampilan visual, dan hampir 85% warna adalah alasan utama ketika membuat pembelian. Contohnya, bila kita nampak warna kuning, kita pastikan akan teringat Digi atau Maybank.
  • Pilih bahan (material) bersesuaian dengan produk anda – Bahan yang bersesuaian untuk pembungkusan anda juga memainkan peranan. Ia bukan sahaja memberikan pengalaman yang terbaik untuk pelanggan tetapi membawa pelbagai mesej seperti ‘rasa mewah’, ‘rasa santai’ dan sebagainya. Contoh, jika anda membeli jus buah , ada peniaga meletakkan dalam botol dengan pembungkusan menarik dan peniaga yang hanya meletakkan dalam cawan plastik pakai buang biasa.
  • Pilih pembungkusan yang menepati piawaian – Sudah pasti pembungkusan yang dibuat dengan kualiti dapat melindungi produk dengan jangka masa yang lebih lama. Ambil contoh produk sejuk beku yang dibungkus dlm plastik biasa dan produk sejuk beku yang mengikut spesifikasi yang bersesuaian dengan suhu sejuk beku. Plastik yang tidak sesuai dengan suhu sejuk beku akan koyak dengan mudah dan mendedahkan risiko kesihatan kepada pelanggan.

Anda boleh rujuk pautan dibawah untuk mendapatkan maklumat & nasihat untuk amalan pembungkusan yang baik :

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s