Kepentingan Penjenamaan Untuk Perniagaan Anda

Jenama adalah keperluan utama perniagaan anda. Kenapa ia satu keperluan? Tak kira kecil atau besar perniagaan anda, memposisikan jenama yang betul membolehkan anda ‘reach’ atau sampai kepada pelanggan sasaran anda secara terus. Penjenamaan mempunyai pengaruh yang kuat kepada keputusan untuk pembelian oleh pengguna.

“Menerusi data KPMG dalam Laporan Pengguna dan Realiti Baharu yang diambil dari lebih 12,000 pengguna seluruh dunia mendapati tiga pemacu pembelian paling mempengaruhi keputusan adalah nilai untuk wang (63 peratus), mudah dibeli (42%) dan kepercayaan terhadap jenama (41%)” Sumber: https://www.bharian.com.my/bisnes/lain-lain/2020/07/712898/pengguna-semakin-maju-dalam-penggunaan-teknologi-digital-kpmg

“Products are made from factory, but brands are created in mind”

“Produk dibuat dari kilang, tetapi jenama dibuat dalam fikiran”

Walter Landor

Apa itu penjenamaan?

Penjenamaan, menurut definisi, adalah amalan pemasaran di mana syarikat membuat nama, simbol atau reka bentuk yang mudah dikenali sebagai milik syarikat. Ini memudahkan pelanggan mengenal pasti dan membezakannya produk dan perkhidmatan anda dengajn pesaing yang lain

Bagaimana nak mulakan penjenamaan?

Asas jenama anda adalah logo. Selain itu, apa sahaja medium yang anda gunakan untuk mempromosikan perniagaan dan berkomunikasi dengan pelanggan anda seperti laman web, pembungkusan dan bahan promosi produk juga adalah jenama anda.

Tujuh( 7) tips mudah mengenai penjenamaan yang berkesan daripada artikel entrepreneur.com:

  1. Bina logo yang hebat. Letakkannya logo anda di mana sahaja yang dapat dilihat pelanggan
  2. Tuliskan pesanan jenama anda. Apakah mesej utama yang ingin anda sampaikan mengenai jenama anda? 
  3. Satukan jenama anda. Penjenamaan meliputi semua aspek perniagaan anda contohnya: (i) bagaimana anda menjawab telefon anda, (ii) uniform jurujual, (iii) kereta syarikat dan sebagainya.
  4. Jenama merupakan suara anda –  Suara ini harus digunakan untuk semua komunikasi bertulis dan dimasukkan dalam gambaran visual semua bahan, dalam talian dan di luar. 
  5. Slogan: cari tagline yang menarik, bermakna dan ringkas untuk menggambarkan jenama anda.
  6. Sahih (Authentic) : pelanggan berulang jika mereka percaya dengan apa yang anda tawarkan dan janjikan.
  7. Konsisten: Ini yang paling penting.  Sekiranya anda tidak konsisten, usaha anda untuk mewujudkan jenama akan gagal.

Your brand is what peoples say about you when you are not in the room

Jenama anda adalah apa yang orang katakan tentang anda semasa anda tidak berada di dalam bilik

Jeff Bezos, CEO & Founder Amazon .Com

Jika anda memerlukan khidmat nasihat mengenai jenama boleh hubungi Brand Geeks Inc. Mereka telah banyak membantu perniagaan permulaan untuk membina jenama yang baik dan juga berjaya menembusi pasaran antarabangsa. Klik pautan ini: https://brandgeeksinc.com.

Pendaftaran jenama anda boleh dibuat di: http://www.myipo.gov.my/ms/start/

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s