Ketika kita sibuk mencari pelanggan untuk menambah jualan, etika berniaga harus diberikan keutamaan. Mengamalkan etika perniagaan yang baik akan menyebabkan pelanggan akan datang lagi membeli daripada anda. Ini yang kita mahukan ‘repeat customers‘ atau pelanggan yang berulang. Kesannya, kaedah pasaran akan menjadi lagi mudah kerana pelanggan anda sendiri akan berkongsi pengalaman mereka dengan orang lain.

Apa itu Etika Perniagaan?
Etika perniagaan adalah prinsip yang di amalkan oleh peniaga sama tertulis dan tidak bertulis yang mengatur keputusan dan tindakan dalam perniagaan. Bila bercakap tentang etika perniagaan ini, banyak merangkumi pelbagai aspek: pentadbiran, pemasaran
- Pamerkan maklumat yang betul – Maklumat yang benar mengenai apa yang anda tawarkan. Maklumat yang anda paparkan harus sama dengan apa yang pelanggan perolehi.
- Membuat promosi yang tidak mengelirukan – Bila anda mengadakan promosi, maklumat yang diberikan mesti jelas kepada pelanggan. Maklumat promosi seperti contoh diskaun yang banyak, tetapi bila pelanggan datang ke kedai hanya untuk barang-barang yang hampir tamat tempoh.
- Amanah – bila kita menyediakan produkt atau barangan, buatlah mengikut spesifikasi yang kita telah nyatakan kepada pelanggan. Jika kita katakan produk ini adalah 100% buatan tangan, kita pastikan apa yang kita nyatakan itu betul.
- Tidak mengambil keuntungan berlebihan – bila kita berniaga, kena ingat selalu kita buat perniagaan ini untuk bukan untuk sehari dua. Kiralah keuntungan yang berpatutan dengan apa yang kita tawarkan. Kena buat kajian pasaran berapa harga pasaran untuk produk yang anda tawarkan. Jika anda mengenakan harga premium, sokong dengan ‘tawaran nilai’ yang
- Bersaing dengan cara yang sihat – Jangan memburukkan pesaing untuk mendapatkan perhatian pelanggan. Ada banyak lagi cara untuk perniagaan bersaing secara sihat. Paling mudah, berikan nilai tambah dalam produk atau perkhidmatan anda.
Seronok untuk saya kongsi satu artikel berbahasa Inggeris: Mengapa pelanggan berulang adalah satu aset kepada perniagaan.
- Pendapatan anda akan konsisten – Pelanggan akan lebih cenderung untuk membeli daripada anda daripada pesaing
- Hubungan dengan pelanggan akan lebih erat– Pelanggan lebih selesa berurusan dengan anda kerana pengalaman mereka membeli daripada anda
- Pemasaran daripada mulut ke mulut – pelanggan secara spontan akan berkongsi nilai yang anda tawarkan kepada individu yang dekat dengan mereka.
- Nilai seumur hidup – Pelanggan berulang cenderung menghasilkan lebih banyak nilai sepanjang hayat mereka kerana mereka terus mencuba produk / perkhidmatan yang anda tawarkan.
Jika anda berminat untuk membaca selanjutnyas boleh baca daripada pautan ini: https://www.zendesk.com/blog/5-secrets-encourage-return-customers/
Sumber banaan lain juga : https://courses.lumenlearning.com/boundless-business/chapter/business-ethics/