Inspirasi Usahawan

Jeff Bezos merupakan pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Amazon.

  • Beliau pernah bekerja di McDonald sebagai tukang masak pada usia 16 tahun dan berasal daripada keluarga yang berasaskan pertanian.
  • Beliau amat meminati bidang yang berasaskan teknologi dan berkecimpung dalam perniagaan yang berasaskan internet ketika umur 30 tahun. Beliau menubuhan Amazon pada tahun 1994 dari garajnya di Seattle. 
  • Setelah membuat senarai produk ’20 teratas’ yang berpotensi dia jual di internet, dia memutuskan menjual buku kerana kos permulaan yang rendah dan permintaan sesuai untuk semua peringkat umur.
  • Beliau meraih jualan sebanyak $20,000 setiap minggu
  • Pada tahun 2005, beliau telah mempelbagaikan sejumlah besar produk, termasuk elektronik pengguna, pakaian, dan perkakasan.
  • Pada tahun 2007 beliau memperkenalkan kindle, yang merupakan alatan membaca digital berinternet. Tiga tahun kemudian jualan kindle melebihi jualan buku konvensional.
  • Kini asset terkumpul beliau melebihi 186 billion USD.
  • Petikan daripada Bezos untuk anda renungkan:

Kita degil pada visi. Kita fleksible pada perincian….Kita tidak putus asa dengan senang

“We are stubborn on vision. We are flexible on details…. We don’t give up on things easily”

InspiRasi usahawan

Kolum ini diwujudkan untuk anda melihat dan mencari inspirasi bagaimana anda boleh buat lebih baik lagi dengan cara anda sendiri