Galeri dan Link

International Centre of Education in Islamic Finance (INCEIF) adalah institusi dimana saya melanjutkan pelajaran di peringkat Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang kewangan Islam. Merupakan satu institusi yang dibawah Bank Negara Malaysia (BNM). Boleh layari laman sesawang ini untuk mengetahui lebih lanjut lagi mengenai INCEIF : https://www.inceif.org

Gambar ini sewaktu Majlis Graduasi INCEIF pada tahun 2017, saya menerima PhD dalam bidang kewangan Islam

Saya memilih untuk berkhidmat di Institut Keusahawan Negara (INSKEN) pada tahun 2015. INSKEN merupakan satu institusi yang sangat dekat dihati ramai usahawan kerana apa yang disediakan adalah ‘industry-driven’. Bersyukur kerana pernah berkhidmat bersama mantan CEO Teraju, Dato’Husni Salleh dan juga Pengarah Eksekutif INSKEN yang juga merupakan mentor saya Encik Norizan Sharif.

Boleh layari website TERAJU untuk mengetahui peluang dan maklumat mengenai halatuju Ekonomi Bumiputera : https://www.facebook.com/terajuofficialpage/

Maklumat latihan keusahawanan boleh dilayari di laman sesawang INSKEN: https://www.insken.gov.my

Saya berkhidmat bersama Credit Guarantee Corporation Malaysia Berhad atau CGC sejak 2018. Merupakan satu institusi yang menyediakan jaminan kapada PKS dan juga pembiayaan langsung . Alhamdulillah, setakat ini CGC telah membantu lebih 340 ribu PKS dengan nilai jaminan melebihi RM75 Billion. Saya berkhidmat dalam jabatan SME Advisory & Marketing dan secara khusus dalam Program Pembangunan CGC atau CGC Developmental Programme. Saya amat bertuah mempunyai pemimpin yang sangat dinamik dan berjiwa besar untuk membantu PKS. Beliau adalah Presiden/ CEO CGC Datuk Mohd Zamree Mohd Ishak. Semoga Allah memberikan beliau 1001 kesihatan untuk membawa CGC ke tahap seterusnya.

Boleh layari laman sesawang CGC: https://www.cgc.com.my atau laman imSME https://imsme.com.my/portal

Saya bertuah dapat berkerjasama dengan MDEC dalam merialisasikan usaha untuk membantu ramai usahawan menembusi pasaran digital. Ms Carol Fung ini adalah merupakan Head of SME Adoption di MDEC yang banyak memberi sokongan kepada ramai usahawan yang ingin mengakses pasaran e-commerce.

Boleh layari laman sesawang ini untuk mendapatkan banyak lagi maklumat mengenai inisiatif MDEC – https://mdec.my/ms/

Pada tahun 2019, melalui program pembangunan CGC, kami berjaya mengadakan program suaian perniagaan atau business matching dengan kerjasama MATRADE. Program ini membantu usahawan bertemu pembeli terus daripada Thailand. Kami amat berterima kasih kepada YM Encik Raja Badrulnizam Raja Kamalzaman, Director ASEAN & OCEANA (MATRADE) dan Trade Commissioner MATRADE in Bangkok, Encik Norman Dzulkarnain Mohd Nasri.

Anda boleh dapatkan maklumat lanjut mengenai MATRADE di SINI