Apa itu Dapur Hantu atau Ghost Kitchen

Dapur hantu bukan sesuatu yang baru di kebanyakan negara membangun. Malah, dapur hantu telah mendapat tempat dengan baik di negara yang mempunyai populasi masyarakat yang ramai seperti China dan India.

Malah, disebalik rintangan pandemik yang berlarutan, banyak inovasi yang telah diperkukuhkan bertujuan untuk mengatasi & menyesuaikan perniagaan untuk beroperasi dengan norma baharu.

Di samping itu, peningkatan literasi digital telah membolehkan lebih ramai pengguna memaksimumkan gadget mereka bukan sahaja untuk mencari maklumat tetapi menjalankan transaksi harian.

Apa itu Dapur Hantu?

Bagi mereka yang tidak pernah dengar maksud saya ambil rujukan daripada website : hospitalityinsights.ehl.edu

Dapur Hantu, juga dirujuk sebagai dapur awan mikro atau dapur maya. Mereka merujuk kepada restoran yang tidak menawarkan perkhidmatan makan di dalam. Mereka dibina untuk memenuhi pesanan dalam talian, oleh itu menu mereka hanya tersedia kepada pelanggan yang memerlukan penghantaran. Konsepnya di adalah seperti ruang kongsi bersama atau ‘co-working space’.

Masa Hadapan Dapur Hantu?

Ada yang menjangkakan saiz pasaran dunia Dapur Hantu ini akan melonjak sehingga $139 billion menjelang 2028.

Ini juga impaknya lebih luas apabila lebih banyak inisiatif yang akan diperkemaskan untuk membangunkan ekonomi perkongsian.

Dalam masa yang sama, ekonomi perkongsiaan juga memerlukan antara satu sama lain untuk terus berkembang.

Seperti yang kita sedia maklum, ekonomi perkongsian bukan sahaja mampu menyumbang kepada kemampanan ekonomi, tetapi mampu membuka ruang dan peluang baru dalam bidang keusahawanan. Lebih banyak peluang perniagaan, lebih banyak peluang pekerjaan yang mampu diwujudkan.

Perkembangan segmen ‘penghantar makanan’ atau ‘platform food delivery’ juga menyumbang kepada lonjakan luar biasa kepada terhadap industri makanan dan secara tidak langsung meningkatkan permintaan untuk ‘ghost kitchen’.

Artikel menarik yang saya baca ini merujuk kepada peningkatan permintaan luar biasa oleh pengguna terhadap aplikasi penghantaran makanan.

Ini juga memberi petunjuk bahawa selera pelanggan juga sudah terbiasa dengan makanan berkualiti restoran dihantar dengan cepat ke rumah mereka.

Untuk memenuhi permintaan itu, semakin banyak restoran menyediakan penghantaran hanya dapur yang juga dikenali sebagai “dapur awan”.

Apa yang menariknya mengenai Dapur Hantu?

Perkembangan Dapur Hantu masih lagi diperingkat awal di Malaysia terutama daripada segi penerimaan oleh pemain industri F&B jika dibandingkan dengan negara-negara yang sudah lama mengguna pakai konsep dapur yang sebegini.

Saya hendak kongsi artikel yang tidak kurang menariknya mengenai kebaikan mengguna pakai konsep dapur awan ini.

  • Mengurangkan kos & Kos permulaan yang rendah

Bila tidak ada pelanggan yang makan di kedai, kita dapat kurangkan kos beli meja makan, kerusi dan juga pinggan mangkuk untuk pelanggan makan. Ruangan yang kita perlukan sekadar untuk dapur dan tidak perlu untuk ruangan makan. Ini banyak bantu kurang kos sewa kedai.

Satu lagi yang kita akan nampak ialah kos permulaan perniagaan akan juga kecil kerana fokus kita adalah untuk penyediaan perkakasan dapur untuk mempertingkatkan produktiviti dalam penyediaan makanan. Satu lagi, tidak perlu risau lokasi kedai yang selalu menyebabkan kita runsing sebab ‘accessibility’ untuk pelanggan ke kedai.

  • Keupayaan untuk meningkatkan aliran kerja

Aliran kerja kita juga lebih fokus bermula dengan tempahan masuk, penyediaan bahan & memasak makanan sehingga pembungkusan sebelum kita serahkan makanan kepada penghantar makanan. Jika dibandingkan dengan konsep restoran yang perlu melayan pelanggan selepas makanan dimasak oleh tukang masak.

  • Meningkatkan kebolehan menembusi pasaran

Jika dahulu bergantung kepada kaedah ‘brick & mortar‘ atau kedai fizikal, segmen pelanggan adalah agak terhad. Ini juga bermakna jika tidak ramai pelanggan yang datang ke kedai, jualan juga akan terjejas.

Berbanding dengan kebolehan untuk mentransformasikan perniagaan anda kepada Dapur Hantu, anda mampu memaksimumkan penggunaan aplikasi dengan kebolehan teknologi untuk mendapat capaian yang lebih luas.

  • Kebolehan untuk mendominasi industri F&B

Percaya atau tidak, mendominasi perniagaan di atas talian membolehkan anda untuk menawarkan maklumat dengan lebih konsisten kepada pelanggan dan bakal pelanggan. Maklumat yang berterusan, memperkukuh jenama perniagaan anda dan secara tidak langsung membuka ruang & peluang yang lebih baik kepada anda.

Satu lagi fakta menarik mengapa Dapur Hantu harus menjadi pilihan usahawan muda ada kerana ia memberi anda peluang untuk mencuba konsep yang baru, gagal dengan cepat dan mudah mengolah idea yang tidak berfungsi dengan ‘risiko yang lebih rendah’

Saya berharap dengan perkongsian di atas, anda boleh nampak bagaimana selera pelanggan dan trend semasa membawa sinar baru kepada industri F&B. Suka atau tidak, berada dalam norma baru mendesak kita berfikir ke hadapan dan ia juga membuka peluang yang lebih baik kepada usahawan.

Semoga kita jumpa lagi!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s