Kuasai Apa Itu Corong Pemasaran atau Marketing Funnel

Baru – baru saya dapat hadir ke online webinar ‘Tapau je’ yang dihostkan oleh rakan saya NurHizwani di Facebook beliau. Menarik bila tetamu yang beliau jemput membincangkan ada menyentuh mengenai corong pemasaran dan merupakan seorang yang mahir dalam bidang pemasaran digital, iaitu Jocelyn Chee.

Rentetan daripada penulisan saya yang lepas, saya rasa teruja untuk menulis tajuk ini yang ada saling kait juga dengan ‘social selling’. Berada di atas talian ini memerlukan kita mengusai banyak perkara. Bukan sahaja tahu maklumat apa yang dipamerkan, platform apa yang kita hendak pakai, tetapi kena ada strategi pemasaran yang terancang. Apa jua strategi pemasaran yang kita lakarkan sama ada fizikal atau di atas talian, kita perlu persiapkan dengan kerangka (framework) pemasaran untuk kita capai matlamat & sasaran strategi yang kita susun.

Ramai usahawan yang saya temui sentiasa belajar untuk pastikan strategi pemasaran mereka bersesuaian dengan kehendak semasa. Sepeti yang selalu saya katakan, pelanggan amat bijak memilih dan dengan adanya dunia tanpa sempadan ini semuanya boleh. Tidak senang nak senang, jadi kena sentiasa perkemaskan pengetahuan dan kemahiran daripada semasa ke semasa.

Persoalannya, apa itu corong pemasaran?

Menurut webfx.com corong pemasaran menerangkan langkah yang diambil pengguna untuk beralih daripada prospek kepada penjual. Ada banyak jenis corong pemasaran yang memberi penekanan kepada kesedaran, pertimbangan, pembelian dan pengekalan pelanggan terhadap penjual.

Corong pemasaran tradisional vs corong pemasaran moden

Corong pemasaran tradisioanal memberikan penekanan kepada empat asas yang disebutkan di atas yang lebih lebih dikenali sebagai AIDA model:

  • Awareness (Kesedaran)- bakal pelanggan sedar mengenai produk atau perkhidmatan anda
  • Interest (Minat) – bakal pelanggan menunjukkan minat dengan bertanya kepada anda lebih lanjut mengenai produk atau perkhidmatan anda.
  • Desire (Ingin) – bakal pelanggan inginkan produk atau perkhidmatan anda
  • Action (tindakan) – bakal pelanggan mengambil tindakan dengan membeli daripada anda dan menjadi pelanggan anda.

Untuk merealisikan penjanaan fasa di atas, kita perlu tahu beberapa perkara penting.

Apa itu ToFU, MoFU, and BoFU konten pemasaran?

Menarik, saya baca satu artikel daripada blog.denomico.com yang menyentuh mengenai ‘inbound process’ atau proses masuk dengan setiap peringkat corong penukaran iaitu TOFU, MOFU dan BOFU.

  • Kandungan TOFU harus menumpukan pada isu biasa yang dihadapi oleh persona anda. Oleh itu kandungan maklumat pada fasa ini memberi tumpuan kepada pendidikan dan tidak mempunyai langsung unsur menjual. Contoh, jika anda dalam bidang makanan, maklumat yang diberikan adalah berkaitan dengan tips diet makanan sihat, resepi memasak dan banyak lagi.
  • Kandungan MOFU hendaklah mengenai perniagaan anda, penyelesaian anda dan jenama anda. Pada fasa ini maklumat yang diberikan membantu pelanggan membuat pertimbangan. Contohnya dengan membuat perbandingan produk / perkhidmatan dengan produk yang sedia ada dipasaran, tawaran nilai yang anda bawa kepada pelanggan dengan testimoni kepuasan yang diterima oleh pelanggan.
  • Kandungan BOFU harus menangani dengan tepat cara produk atau penyelesaian anda memenuhi keperluan khusus pembeli perspektif. Pada fasa ini anda boleh berikan sesi konsultasi atau khidmat nasihat 30 minit seumpamanya untuk sesuaikan produk dan kehendak pelanggan. Ini juga beri anda peluang untuk buat penilaian lebih dekat mengenai jangkaan pelanggan.

Setelah kita faham serba sedikit mengenai corong pemasaran, baru lah kita boleh susun strategi konten dan pemasaran di atas talian dengan lebih strategik. Bukan semua masa kita asyik hendak jual produk sahaja, ada masa kena ada nilai tambah kepada segmen pelanggan yang kita mahu sasarkan. Bila semuanya sudah dirancang, kita juga perlukan tools yang dapat bantu automasi pemasaram supaya lebih tersusun.

Saya berharap semoga perkongsian kali ini memberikan manafaat yang berguna buat kita semua dan semoga kita bertemu pada artikel yang akan datang.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s