Apa itu Social Selling?

Ramai bertanya, apa itu sosial selling atau jualan sosial kerana sedikit sebanyak saya ada menyentuh tentang topik ini dalam penulisan saya baru-baru ini. Sedikit sebanyak menjual tidak seperti dahulu, kita boleh lambakkan banyak-banyak maklumat produk atau perkhidmatan kepada pelanggan dan tunggu mereka untuk respon dan beli.

Hendak atau tidak, kita kena belajar menerima hakikat cara kita menjual tidak akan sama seperti dahulu. Pelanggan semakin pandai menilai hubungan dua hala yang terbina antara penjual dan pembeli. Mereka juga mempunyai kuasa membeli yang luar biasa dan mereka lebih gemar memaksimumkan media sosial untuk mendapatkan maklumat mengenai penjual. Ini bermakna, dengan kehebatan maklumat di hujung jari tidak lagi sukar untuk mereka buat pilihan.

“Platform sosial bukanlah tempat untuk membuat jualan mendesak, ia adalah tempat untuk bina kepercayaan dan kredibiliti”

Julio Viskovich

Persoalannya, apa itu social selling?

Social selling sebenarnya adalah proses untuk membina perhubungan sebagai satu bahagian dalam menjana proses jualan. Ia juga merupakan proses berhubung dan terlibat (engage) secara konsisten dengan pelanggan untuk mendapatkan hasil yang diinginkan.

Pendek kata, penjual boleh memposisikan diri sebagai seorang yang mahir dalam bidang mereka dengan menyediakan konten dan maklumat berkaitan sesuatu perkara. Dalam masa yang sama boleh beri pandangan mereka yang boleh menambah nilai kepada sasaran pelanggan mereka.

Mereka juga boleh berinteraksi secara bersendirian (private) dengan pelanggan atau secara umum (public). Ini secara tidak langsung menguatkan jenama mereka yang memberikan platform terbaik untuk berinteraksi dan mendengar daripada kumpulan pelanggan sasaran.

Social selling juga adalah strategi yang membantu penjual untuk mencapai sasaran jualan mereka dengan menjawab soalan prospek dan bakal pembeli. Ini juga bermakna kita membina hubungan dua hala yang lebih asli (real) dan jujur untuk bantu pelanggan. Ini berbeza dengan sikap kebanyakkan penjual yang lambakkan maklumat kepada pelanggan ketika pertama kali bertemu di atas talian secara langsung atau tidak langsung.

Boleh Berikan lebih lagi maklumat mengenai social selling?

Lima (5) statistik menarik daripada Optinmaster yang saya kumpulkan untuk maklumat kita bersama:

  • 78% penjual yang menggunakan social selling lebih berjaya menjual berbanding rakan-rakan mereka yang tidak berbuat demikian.
  • 31% peratus B2B professional mengatakan social selling membolehkan mereka untuk membina hubungan yang lebih dekat dengan pelanggan.
  • Lebih daripada 10% daripada wakil jualan sosial berjaya melakukan lima (5) transaksi jualan dan banyak lagi dengan aktif dalam media sosial.
  • 76% pembeli bersedia untuk berbual di sosial media dengan penjual berpotensi untuk produk atau perkhidmatan yang mereka perlukan
  • 53% pelanggan setia adalah kerana kebolehan penjual untuk memberikan pandangan yang unik dan boleh dilakukan secara spontan di sosial media.

Saya harap perkongsian di atas memberikan sedikit sebanyak maklumat buat kita semua. Dunia telah banyak berubah dan kita perlu belajar memaksimumkan digital sebagai satu pemacu untuk kita dekat dengan pelanggan.

Semoga kita berjumpa lagi pada artikel yang akan datang.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s