Sesuaikah LinkedIn untuk Usahawan?

Ramai yang bertanya kepada saya benarkah platform ini hanya sesuai untuk mereka yang professional dan juga sedang mencari pekerjaan? Sebenarnya persepsi ini sudah lama berubah bila ramai Pengerusi Eksekutif Syarikat (CEO) di kalangan syarikat – syarikat korporat dan bukan korporat telah menggunakan platform ini untuk bercakap mengenai perniagaan dan pemikiran kepimpinan mereka.

Artikel menarik daripada keap.com menyentuh beberapa cara penggunaan linkedin telah banyak berbeza dan amat sesuai untuk perniagaan.

Tiada siapa yang mahu mendengar promosi jualan di LinkedIn

Tetapi mereka mahu membuat sambungan (connection), yang akhirnya boleh membawa kepada jualan

“Satu (1) daripada tiga (3) Professional di planet ini berada di Linkedin”

Jason Miller

Persoalannya, Mengapa Linkedin Sesuai Untuk Usahawan?

Sebenarnya, ini semua terpulang kepada cara kita berfikir. Jika kita fikir perniagaan kita kecil, itu lah harapan dan tanggapan kita terhadap perniagaan yang kita jalankan. Masa hadapan perniagaan amat bergantung kepada visi dan misi yang dilakarkan oleh pemilik syarikat itu sendiri.

Jika kita berjiwa besar, masuk dalam gelanggan yang mana pon kita boleh membawa diri. Jadi ini sedikit sebanyak mengajar kita supaya perhati, belajar dan cuba praktiskan sesuatu yang baru setiap hari. Tidak ada apa yang kita akan rugi. Semua ini kita lakukan untuk kekal relevan dan bawa perniagaan ke tahap seterusnya.

Apa manafaatnya berada di atas platform ini berbanding dengan platform media sosial yang lain?

Ada banyak fakta yang saya kumpulkan daripada Linkedin untuk kita sama-sama perhalusi dan pertimbangkan.

1.LinkedIn boleh menjadi cara terbaik untuk menjalin rangkaian (networking) dengan industri.

Walapon,secara umumya platform ini dipelopori golongan professional terutama mereka yang bekerja. Oleh itu, ia merupakan satu platform yang amat berharga untuk menghubungkan anda dengan profesional yang berfikiran sama. Jika anda seorang usahawan, kumpulan ini boleh menjadi sumber yang tidak ternilai untuk membantu anda menambah baik dan mengembangkan perniagaan anda.

2. Membolehkan anda menyusun jaringan jualan dan cantum komponen hubungan pelanggan anda dengan berkesan.

Anda boleh tingkatkan keterlihatan syarikat anda, membina hubungan perniagaan, dan menukar mereka menjadi pelanggan setia.

3. Platform ini juga terdiri daripada golongan professional LinkedIn ialah sumber media sosial pilihan dengan 48% daripada semua pelabur institusi menggunakan platform ini. Kesimpulannya, pelabur juga sama seperti kita sedang giat mencari maklumat yang berkaitan pelaburan melalui media sosial.

4. “Thought leadership” atau Kepimpinan Pemikiran

Berbeza dengan platform media sosial yang lain, yang mana anda tidak boleh hanya menjual dan mempromosikan perniagaan semata-mata, tetapi anda perlu memberikan nilai kepada orang lain. Anda boleh membina imej anda sebagai peneraju pemikiran dalam industri anda dengan menambah perbincangan kumpulan LinkedIn, membimbing profesional yang lebih muda atau kurang berpengalaman di platform dan menawarkan pandangan pakar anda di mana anda boleh. Memberi kembali adalah cara terbaik untuk mendapatkan kepercayaan dan penghargaan daripada komuniti anda, yang akhirnya memberi manfaat kepada anda pada akhirnya.

Saya rasa empat (4) fakta saya kongsikan di atas sedikit sebanyak maklumat untuk kita sama-sama fikirkan. Tukar perspektif dan minda kita untuk lihat dengan lebih besar daripada hanya menjual.

Semoga kita bertemu lagi pada artikel yang akan datang dan sama-sama kita doakan semoga kita semua sihat untuk menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan kepada kita semua.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s