Idea hebat tinggal impian tanpa pelaksanaan dan susulan

Saya dapat peluang berjumpa seorang usahawan yang sudah lama menceburkan diri dalam dunia keusahawanan beberapa minggu yang lepas. Rezeki saya pernah diberikan tanggungjawab sebagai ketua program kapasiti untuk membantu usahawan yang berdaya saing membangunkan bakat berkaitan kepimpinan. Program yang berlangsung selama enam bulan membolehkan saya mempelajari selok-belok cara bagaimana usahawan yang berjaya berfikir dan cabaran yang mereka lalui dalam mengembangkan perniagaan.

Sesungguhnya bukan senang nak senang!

Teruja mendengar setiap butir perkongsian beliau yang buat saya rasa berada dalam cerita beliau bagaimana perniagaan yang bermula dengan idea dapat beliau jalankan dengan pelaksanaan yang terancang. Apa-apa pon katanya, ‘startlah’ atau bermula lah dengan yang kecil-kecil dan kemudian jadi yang besar-besar bila tiba masanya.

“Idea tidak menjadikan anda kaya. Pelaksanaan idea yang menjadikan anda kaya”

Felix Dennis

Pelaksanaan adalah tindak yang anda ambil untuk menjadikan idea itu satu realiti!

Idea hebat, tapi tak buat-buat tidak kemana

Ramai yang saya jumpa sembang kencang nak jalankan perniagaan dengan idea hebat mereka. Ada idea yang dikongsikan saya juga sambung fikir bila sudah sampai ke rumah. Kadang tu macam realistik kadang tu terfikir juga perlukan orang yang punyai ilmu dan kemahiran untuk jayakan idea itu.

Maknanya, bukan seorang diri tetapi perlukan pasukan.

Artikel menarik yang saya baca daripada Forbes.com memetik mengenai banyak usahawan permulaan gagal bukan kerana mempunyai idea yang hebat atau tidak hebat tetapi kerana mereka gagal dalam pelaksanaan. Antara sebabnya adalah tidak fokus dan juga kesilapan terlalu tertumpu kepada idea besar dan konsep yang tidak mudah untuk dimajukan dengan suatu masa yang singkat.

Persoalannya, jadi apa perlu buat?

Pertama – Pertimbangkan idea anda dengan melihat kepada dua sisi penting iaitu (i) tempoh yang mampu diambil untuk mengembangkan model perniagaan tersebut dan (ii) kenal pasti risiko yang akan anda hadapi

Kedua – Rancang perniagaan anda dengan menulis dengan jelas, tawaran nilai yang akan tawarkan kepada segmen pelanggan anda dan kemudian lakarkan strategi perniagaan anda dengan berpandukan Business Model Canvas.

Ketiga – Cari mentor yang mampu bimbing anda untuk merealisasikan idea anda dan cari usahawan – usahawan yang telah melalui fasa yang pernah anda lalui sekarang. Jangan malu bertanya bila anda tidak jelas dan perlukan bantuan mereka dalam beberapa aspek tersebut seperti pemasaran, strategi, regulasi, dan macam – macam lagi.

Keempat – Pecahkan strategi anda kepada beberapa ‘milestone’ yang mampu anda capai. Susun setiap strategi ikut mengikut keutamaan dengan melihat kepada sumber dan keupayaan yang anda miliki.

Kelima– Kena kuat! Dapatkan bantuan jika anda perlukan pertolongan dan tidak perlu malu kerana perkara biasa bila ramai yang akan katakan ‘TIDAK’ dan jangan cepat mengalah.

Satu lagi artikel yang saya baca tidak kurang menariknya, ialah apabila seseorang berkongsi idea baru dan jawapan yang diterima berbunyi begini. ” Ini dah ada orang buat”

Jika anda seorang usahawan, jangan cepat putus asa kerana contoh yang kita boleh ambil adalah Pepsi dah lama berada dalam pasaran sebelum Coke. Tetapi seperti yang kita sedia maklum, daripada segi prestasi sudah tentu Coke selalu berada dalam tangga teratas. Jadi, ini juga tidak bermakna idea yang sudah wujud tidak boleh diolah dan dijadikan lebih baik oleh usahawan seterusnya.

Saya harap perkongsian hari ini jadi satu lagi pencetus untuk kita terus berfikir dan buat apa yang kita fikirkan.

Semoga berjumpa dalam artikel yang akan datang.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s