Sekiranya anda hanya memfokuskan pada butiran terkecil, anda tidak akan mendapat gambaran besar dengan tepat.
Leroy Hood-
Apa itu berfikir melalui gambaran besar atau ‘Big Picture’?
Big Picture atau berfikiran luas adalah satu cara berfikir yang melihat cabaran, peluang dan apa juga situasi sebagai sesuatu yang daripada perspektif yang lebih luas. Ini juga bermakna orang yang memiliki pemikiran begini adalah orang yang mampu merungkai dan mencambahkan idea baru dan tersendiri dengan pendekatan yang berbeza. Mereka juga tidak mudah cenderung ke sisi negatif atau sempit.
Saya pernah menulis mengenai enam (6) kompetensi usahawan yang perlu diketahui usahawan untuk lebih berdaya saing ketika keluar daripada zon selesa. Di dalam artikel tersebut, saya dapati mencari peluang dan mengilhamkan konsep adalah antara ciri penting yang mencorak kejayaan seseorang usahawan.

Apakah ciri – ciri berfikir cara ‘big picture’
Saya jumpa artikel menarik mengenai ‘big picture‘ yang kita boleh rujuk jika berminat dan saya simpulkan empat (4) asas penting mengenai individu yang mempunyai ciri-ciri ‘big picture’ ini.
- Kita boleh kenal pasti corak penyelesaian yang tertentu apabila didatangi masalah yang kompleks.
- Kita suka terokai idea baru dan suka selesaikan masalah dengan cara yang baru dan lebih ringkas.
- Kita tidak selesa lihat suasana kelam kabut, perkara yang sengaja dirumitkan dan juga rasa leceh bila kena isi borang panjang
- Kita juga banyak menggunakan otak kanan kerana kerna lebih gemar kepada sesuatu yang kreatif, seni, menulis, membaca dan mengira.
Bagaimana kita boleh pupuk cara berfikir ‘big picture’?
- Kenal pasti habit atau sikap yang boleh membuatkan boleh membantutkan cara berfikir ‘big picture’.berhenti untuk cari kesempurnaan ~ramai orang yang putus asa bila mereka terus menjerumuskan diri mereka cuba mencari kesempurnaan.
- Perhatikan keadaan sekeliling dan cuba analisa saling kait di antara kita, orang terdekat, cara hidup, ekonomi dan perniagaan kita.
- Terima setiap maklumbalas pelanggan dengan hati terbuka dan buka ruang untuk reflek bagaimana ia boleh bantu kita untuk memperkemaskan strategi dan tindak tanduk kita.
- Wujudkan hubungan baik dan luangkan masa berbual dengan pelanggan, pekerja dan rakan perniagaan supaya kita boleh dengar pelbagai pendapat dan bandingkan dengan cara kita menganalisa sesuatu perkara.
- Luangkan masa untuk membaca bahan bacaan yang boleh membantu kita untuk melihat pelbagai sisi kehidupan. Ambil beberapa pemimpin
- Ambil masa bersendirian setiap hari untuk buat refleksi diri. Sesi ini penting untuk kita buat audit diri sejauh mana kita sudah mencapai sasaran peribadi atau perniagaan.
- Lebarkan jaringan dengan rakan – rakan perniagaan yang punyai cara berfikiran begini supaya kita cepat belajar daripada mereka.
“Pemikir gambar besar menyedari ada dunia di luar sana selain mereka sendiri, dan mereka berusaha untuk keluar dari diri mereka sendiri dan melihat dunia orang lain melalui mata mereka. Sukar untuk melihat gambar ketika berada di dalam bingkai. ” – John Maxwell
Sedar atau tidak, mempunyai kelebihan ‘big picture’ bantu anda memusatkan perhatian dan fokus kepada cabaran yang anda hadapi dalam perniagaan. Anda juga secara tidak langsung menjadi lebih sensitif dengan keadaan sekeliling dan bertindak dengan lebih bijaksana kerana memiliki lebih empati terhadap orang lain.
Semoga perkongsian ini memberikan manafaat kepada kita semua dan semoga berjumpa lagi pada artikel yang akan datang.