
Lina adalah pelukis yang telah menghasilkan banyak lukisan untuk pelbagai peminat seni yang terdiri daripada syarikat antarabangsa, usahawan-usahawan berjaya, tokoh koperat dan ahli politik seperti YB Datuk Mas Ermieyati Samsudin dan ramai lagi. Lukisan beliau juga dipamerkan di New York bersama artis-artis terkenal daripada 37 negara lain pada hujung tahun lalu, di bawah anjuran South Art Dealer NYC.
Ramai yang masih belum mengenali bintang yang sedang menyinar ini Lina Ali yang merupakan usahawan yang berkecimpung secara serius sebagai pelukis sepenuh masa. Seorang yang amat bersahaja tetapi mempunyai pengalaman yang sangat mendalam menjalankan perniagaan sejak berusia 16 tahun untuk menyara keluarga dan membayar wang peperiksaan SPM beliau. Beliau kemudian berniaga di pasar malam ketika usia 19 tahun untuk menampung pengajian jarak jauh beliau.
Setelah 20 tahun beliau menjalankan perniagaan, akhirnya beliau mengambil keputusan untuk fokus kepada minat melukis beliau sebagai sumber peniagaan beliau. Beliau juga percaya mengenai fungsi coach yang banyak membantu beliau dalam mengembangkan perniagaan dan juga merupakan individu yang telah membuka mata beliau menjadi hobi beliau sebagai sumber utama perniagaan.
Ikuti sesi santai usahawan tersebut untuk mengetahui lebih lanjut mengenai perbualan terus bersama Lina!