Bertangguh Punca Ramai yang Gagal Capai Sasaran

Ramai mengeluh bila jualan tidak menjadi dan kecewa bila apa yang dirancang tidak seperti apa yang diimpikan.

Bila kaji semula, banyak perkara yang telah dirancang tidak dilakukan seperti yang dijadualkan, dan tiada keputusan yang diambil. Selebihnya, masalah utama adalah bertangguh.

Apa yang dimaksudkan dengan bertangguh:

Tindakan menangguhkan sesuatu yang harus anda lakukan, biasanya kerana anda tidak mahu melakukan

Kamus Oxford-

Bertangguh ini juga tidak sama dengan malas tetapi mempunyai sedikit persamaan iaitu tidak ambil pusing tanggungjawab yang perlu dilaksanakan. Ia memberikan kesan yang lebih serius bila ia mula melibatkan orang lain atau menimbulkan rasa tidak senang untuk orang lain.

Kenapa Bertangguh Tidak Bagus Untuk Anda?

Ada tiga (3 sebab utama mengapa bertangguh adalah sangat tidak digalakkan:

  • Kepercayaan pelanggan kepada anda akan terhapus – Anda janji kepada pelanggan yang anda hendak hantar produk ke rumah mereka pada masa yang dijanjikan tetapi anda tidak lakukan dengan kadar segera.
  • Reputasi anda tercalar – Pelanggan akan mula label anda sebagai tidak boleh dipercayai kerana anda dah berjanji untuk siapkan produk yang ditempat sehari sebelum daripada tarikh yang ditetapkan.
  • Pelanggan rasa mereka tidak penting untuk anda – Apabila anda bertangguh, pelanggan akan membina stigma atau perspektif bahawa mereka tidak penting buat anda. Mungkin juga anda dah terlalu banyak tempahan, jadi mungkin tempahan mereka sudah tidak penting lagi buat anda.

Punca kenapa bertangguh?

Saya senaraikan lima (5) punca yang menjadi sebab kenapa kita bertangguh.

  • Terlebih fikir– Saya juga pernah menulis artikel mengenai atau ‘overthinking’ yang juga merupakan satu sebab yang boleh menyumbang kepada bertangguh.
  • Tiada sistem yang kemas – Mempunyai sistem atau standard bagaimana perniagaan dijalankan adalah sangat penting untuk sesuatu perniagaan. Ini juga membolehkan operasi harian dapat dilakukan dengan lebih sistematik dan meningkatkan produktiviti pekerja. Sangat penting apabila perniagaan sudah mula melalui fasa berkembang yang mana tempahan sudah meningkat dan pelanggan perlu lebih banyak perhatian.
  • Visi dan misi syarikat tidak jelas – Apa sahaja yang kabur tidak dapat memberikan operasi perniagaan dijalankan selari dengan apa yang diharapkan oleh perniagaan itu. Ambil masa yang secukupnya dan jika perlu dapatkan khidmat mentor atau coach untuk bantu anda bina visi dan misi syarikat dengan jelas.
  • Tenaga pekerja tidak terlatih – Teknologi adalah pemangkin kepada produktiviti. Ramai yang berpendapat teknologi adalah segalanya. Sebenarnya, mempunyai pekerja yang terlatih amat penting untuk memacu teknologi dengan lebih berkesan. Oleh itu, ambil masa yang secukupnya untuk latih pekerja menguasai bidang kerja mereka dan punyai khidmat pelanggan yang cemerlang.
  • Aktiviti yang tidak dijadualkan dan direkod – Mendokumensikan segala hal ehwal aktivit yang berlaku dalam format yang mudah difahami dan mampu diukur pencapaiannya adalah sangat penting. Bila kita tahu berapa pelanggan yang membuat tempahan, tempoh masa yang diambil untuk memenuhi tempahan dan sebagainya, maka lebih mudah untuk kita cari jalan untuk perbaiki jika ada kelompongan kepada penyampaian kita.

Bertangguh mempunyai impak yang tidak sihat kepada perniagaan kita dan ia bukan sesuatu habit yang mudah dibuang jika sudah terlalu lama tetapi ia mampu di atasi.

Di harap perkongsian ini mampu memberikan sedikit sebanyak maklumat kepada anda dan saya berharap ia membawa manafaat bersama untuk kita semua.

Semoga jumpa lagi pada artikel yang akan datang.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s