Kenal Pasti Risiko Dalam Perniagaan

Apa sahaja yang kita lakukan, pernah tak kita terfikir ada risikonya. Kadang tu kita buat penilaian berhari – hari berfikir baik dan buruknya sesuatu perkara. Sedar atau tidak, kita sebenarnya sedang membuat pertimbangan risiko untuk setiap tindakan yang akan kita ambil.

Photo by Pixabay on Pexels.com

Anda Tidak Boleh Lari Daripada Berhadapan Dengan Risiko Ketika Menjalankan Perniagaan

Millard Drexler-

Sebelum kita bincangkan dengan lebih lanjut apa itu risiko, kita fahami apa yang dimaksudkan dengan risiko.

Risiko boleh didefinisikan sebagai peristiwa atau keadaan yang memberi kesan negatif terhadap perniagaan anda

Small Business Development Corporation, Australia-

Saya baca satu artikel menarik daripada Business Matters yang menyebut mengenai 10 risiko yang dihadapi oleh banyak perniagaan kecil. Saya ambil lima (5) risiko untuk dibincangkan pada artikel ini dan jika anda berminat boleh klik artikel di link atas untuk baca lebih lanjut.

1. RISIKO ALIRAN TUNAI

Ini adalah antara risiko yang sangat besar buat banyak usahawan yang tidak cekap mengurus aliran tunai mereka. Apatah lagi jika tidak ada simpanan kecemasan sekurang-kurangnya satu tahun untuk membolehkan perniagaan bertahan contohnya ketika pandemik yang mana perniagaan tergendala selama beberapa bulan lamanya. Dalam beberapa artikel yang lepas saya banyak menulis mengenai aliran tunai yang mungkin boleh bantu kita rujuk semula.

Anda boleh ke ruangan ‘search’ dan tulis ‘aliran tunai’ untuk lihat artikel yang berkaitan.

2. RISIKO LIABILITI

Bukan semua aset dan aktivit yang berlangsung dalam perniagaan yang kita miliki bebas hutang. Apabila kita berhutang atau mengambil sesuatu secara kredit, kita akan terdedah kepada risiko ini. Apabila pembekal bagi kita tempoh kredit selama contohnya 30 hari, kita perlu fikirkan bagaimana hendak buat pembayaran dalam tempoh yang ditetapkan supaya kita boleh bina kepercayaan pembekal.

Begitu juga apabila mengambil pembiayaan daripada institusi kewangan. Anda perlu membuat pembayaran pada masa yang telah ditetapkan. Corak pembayaran yang konsisten akan bantu anda untuk dapatkan pembiayaan tambahan jika anda memenuhi syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan.

3. RISIKO PERATURAN ATAU PENGUATKUASAAN

Bila kita berniaga, seperti yang kita sedia maklum penubuhan perniagaan dan pendaftaran perniagaan perlu kita ketahui dan kuasai dengan baik. Ini adalah penting lebih-lebih lagi bila kita berhadapan dengan pengguna yang dilindungi di bawah Akta Perlindungan Pengguna.

Selain itu, jika produk atau perkhidmatan yang kita sediakan berkaitan dengan kesihatan, atau mungkin tertakluk kepada sektor yang dikawal ini akan memberikan kita lebih tekanan untuk pastikan apa yang kita tawarkan menepati spesifikasi yang diperuntukkkan.

4. RISIKO KEMALANGAN DAN SAKIT

Ini adalah satu lagi risiko yang tidak disangka – sangka dan memerlukan persiapan yang sewajarnya. Contohnya adalah kemalangan di tempat kerja yang bukan sahaja menyebabkan operasi tergendala tetapi juga kebajikan pekerja apabila ditimpa kemalangan.

Selain itu, sakit juga boleh memberikan kesan kepada perniagaan. Ia merupakan satu risiko yang menyebabkan operasi terjejas jika tidak tiada ada pengurusan risiko yang dilaksanakan.

5. RISIKO SERANGAN SIBER

Seiring dengan kemajuan ekonomi, jenayah siber telah menjadi satu lagi ancaman kepada semua orang apabila kebanyakkan informasi dan transaksi berlaku di atas talian. Ia juga mendedahkan kita kepada risiko data pelanggan diceroboh dan sebagainya. Oleh itu, perlu ada pengurusan data pelanggan yang cemerlang untuk memastikan kita dapat menjaga maklumat pelanggan dengan baik.

Saya harap perkongsian di atas memberi sedikit sebanyak maklumat kepada anda untuk terus mengenal pasti risiko yang berkaitan dan membuat pelan tindakan sewajarnya untuk mengatasinya.

Semoga kita berjumpa lagi dalam artikel akan datang.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s