Kepimpinan Asas untuk Mengembangkan Perniagaan

Kepemimpinan tidak ada kaitan dengan tajuk pada kad perniagaan anda atau ukuran pejabat anda. Kepimpinan bukan mengenai berapa banyak wang yang anda hasilkan atau pakaian yang anda pakai. Kepimpinan adalah falsafah. Ini adalah sikap. Ia adalah keadaan fikiran.

Robin Sharma-

Banyak perniagaan yang dimulakan dengan seorang dan kemudiannya mempunyai lebih ramai kakitangan untuk membantu.

Logiknya, apabila sudah ada permintaan sudah tentu perlu ada pembantu untuk membantu menguruskan operasi, pentadbiran perniagaan dan juga pemasaran.

Pada ketika itu, ‘founder’ atau pemilik perniagaan sudah perlu menumpukan perhatian kepada aspek kepimpinan untuk memberi ruang kepada dirinya mengemudikan perniagaan dengan lebih baik.

Kepimpinan ini bukan lah satu pemberian lahiriah kepada seseorang individu.

Ia juga merupakan satu cabang ilmu yang perlu dikuasai dengan baik oleh seseorang usahawan.

Photo by Miguel u00c1. Padriu00f1u00e1n on Pexels.com

Ramai yang keliru dan menganggap jadi ‘boss’ atau ‘taukeh’ adalah kepimpinan. Pemikiran sebegini sebenarnya adalah pemikiran agak terkebelakang. Dalam masa yang sama juga ramai yang merungut bahawa ramai pekerja yang berkerja mereka kerja sekejap lepas itu hendak berhenti. Ini juga adalah masalah biasa kita dengar pekerja yang berhenti cepat apabila bekerja dengan usahawan.

Ada dua sebab umum yang kita boleh leraikan dalam aspek kenapa pekerja berhenti :

  1. Masalah kepimpinan pemilik perniagaan
  2. Masalah pekerja itu sendiri

Dalam hal ini, saya lebih suka membincangkan perkara no 1 kerana sebagai pemilik perniagaan kita mempunyai kawalan terhadap keputusan dan tindakan yang kita ambil daripada keputusan yang kita buat.

Apakah Tiga (3) Kualiti Kepimpinan

Kepimpinan adalah satu proses dimana orang dibawah kepimpinan kita memberikan kepercayaan mereka terhadap misi atau visi yang kita kongsikan kepada mereka.

Bermaksud anda jujur melakukan sesuatu yang anda ucapkan dan lakukan apa yang anda maksudkan walaupon tidak ada orang melihatnya.

Contohnya:

Pada ketika anda menjual, anda jujur dengan harga yang anda letakkan dan tidak sesuka hati mengambil kesempatan terhadap pelanggan. Begitu juga apabila anda menggaji pekerja, anda tidak memerah tenaga mereka sesuka hati dan membayar gaji mereka setimpal dengan senarai kerja mereka.

Bermaksud sebagai ketua dalam perniagaan, kita bertanggungjawab terhadap pekerja dan bertanggungjawab terhadap segala tindakan kita dalam perniagaan. Ini juga meliputi melaksanakan segala kehendak dan keperluan yang digariskan oleh pihak berkuasa untuk kita menjalankan perniagaan.

Kita bertanggungjawab terhadap segala maklumat dan promosi yang kita berikan kepada pelangggan

Kita juga bertanggungjawab untuk memberikan hak – hak yang sepatutnya kepada pekerja dan membimbing mereka untuk melaksanakan tugasan mereka dengan cemerlang. Hal ehwal pekerja kena selalu kita pantau supaya kebajikan mereka terbela.

Empati adalah satu situasi di mana kita cuba memahami keadaan sesorang dan seolah – olah kita cuba meletakkan diri kita di dalam situasi seseorang itu. Apa yang kita rasa adalah rasa yang dialami oleh individu tersebut.

Mempunyai empati memboleh kan kita dekat dengan pelanggan, kerana kita lebih faham apa yang mereka hadapi dan ini dapat bantu kita menyediakan produk atau perkhidmatan bersesuaian untuk pelanggan.

Bagitu juga bila kita memahami apa yang dihadapi oleh pekerja kita dan sesuaikan dengan apa yang tugasan yang kita berikan kepada mereka. Ada pekerja yang apabila mereka ceria dan gembira dengan pemimpin mereka, prestasi kerja mereka lebih baik. Berfikiran positif dan tidak buruk sangka dengan pekerja juga bantu kita pupuk empati dengan lebih baik.

Saya harap tiga (3) kualiti kepimpinan ini kita boleh tambahkan baik dan perkasakan. Apa pon diakhirnya, kita semua berhadapan dengan membina hubungan baik dengan pekerja dan juga pelanggan dan jadikan usaha ini sebagai menang – menang.

Semoga kita berjumpa lagi dalam artikel yang akan datang!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s