Maksimumkan Cara Menjual dengan Tidak Menjual

Taktik pemasaran yang nampak memaksa pelanggan atau ‘hard selling’ kepada pelanggan adalah agak terkebelakang.

Lebih – lebih lagi apabila kehadiran banyak platform media sosial yang membuatkan pelanggan lebih selesa untuk akses maklumat dan membantu mereka dalam membuat keputusan. Mereka juga mudah menilai mutu atau prestasi perkhidmatan anda melalui komen atau ‘review’ pelanggan yang lain.

Jika dulu taktik pemasaran lama, lebih menjurus kepada material bahan pencetak seperti risalah kecil, poster, bunting adalah menjadi keutamaan, sekarang pelanggan lebih selesa dengan pendekatan yang lebih berbeza untuk membuatkan mereka rasa produk atau perkhidmatan lebih mesra pelanggan.

Photo by Tracy Le Blanc on Pexels.com

Pertimbang cara baru untuk bantu anda pertingkatkan pemasaran berkesan

Teknik menjual dengan tidak menjual adalah pendekatan baru yang buat pelanggan lebih selesa dan tidak terkejut dengan apa yang kita jual.

Tahukah anda penggunaan lima (5) deria penting dalam menghidupkan ‘connection’ dengan pelanggan dan kesannya adalah lebih berimpak tinggi.

Lebih – lebih lagi jika copywriting kita bermain dengan emosi pelanggan dan kena tepat persona pelanggan (prospek).

a) Bercerita (story telling)

Teknik ini boleh disajikan kepada pelanggan dalam banyak cara. Ini sama ada dengan menulis, atau disediakan dalam bentuk video pendek. Jadi tidak perlu terus-terus cakap mengenai produk tetapi cerita itu berkisar mengenai situasi atau keadaan yang boleh dikaitkan dengan produk / perkhidmatan anda.

b) Poster dengan Imej menarik

Ini juga merupakan antara salah satu cara yang mudah untuk pengguna baca. Gambar menarik yang mudah mereka mudah teringat mengenai produk atau perkhidmatan anda. Ini membolehkan anda berhubung dengan pelanggan dengan visual.

c) Bahan audio

Ada kalanya, anda boleh pelbagaikan bahan untuk pemasaran anda seperti perkongsian ringkas bersama pelanggan menggunakan platform clubhouse, spotify dan youtube. Ramai juga penulis buku bukan sekadar menjual buku tetapi menerbitkan podcast ringkas yang membincangkan mengenai tajuk-tajuk di dalam buku mereka.

Jadi, cuba gunakan masa yang terluang belajar menggunakan ‘tools’ atau bahan sokongan percuma yang banyak ditawarkan di atas talian dan dalam masa pandemik kebanyakannya disediakan. Boleh juga buka youtube kerana saya lihat ramai yang bermurah hati buat video percuma menggunakan aplikasi atau tool tersebut.

Semoga perkongsian ini beri manafaat kepada kita semua.

Jumpa lagi!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s