Cari Hobi yang boleh jana PENDAPATAN

Saya selalu dapat pertanyaan bagaimana nak mulakan dengan sesuatu yang kecil untuk mula berniaga. Saya selalu katakan mula dengan apa yang kita paling suka buat dan yang selalu kita suka buat selalunya adalah berkaitan hobi kita. Saya juga ada ramai rakan yang mula berniaga dengan hobi.

Photo by Teona Swift on Pexels.com

Kenapa hobi agaknya jawapan saya?

Apa sahaja yang kita lakukan kena buat dengan minat.

Minat selalunya adalah disebabkan kita dapat inspirasi lihat sahabat-sahabat, saudara mara atau orang di sekeliling kita lakukannya dengan berjaya.

Bila ada minat kita buat sebaik mungkin untuk jadi seperti mereka.

Minat juga bukan datang sehari kita dah pandai, tetapi ambil masa untuk kita kuasai dua perkara iaitu ilmu dan kemahiran untuk melakukannya.

Saya juga tidak suka, bila ada sesetengah orang kata hobi ini membuang masa dan wang.

Ini adalah pemikiran terkebelakang.

Apa pon hobi seseorang itu, pasti ada nilai tambah buat diri beliau dan sudah tentu kebolehan atau kemahiran itu tiada pada kita.

Minda Usahawan Berjaya

Saya pernah petik mengenai minda usahawan dalam satu artikel dalam blog ini.

Minat adalah yang nombor satu.

Sukar untuk kita buat sesuatu dengan tiada minat. Ia akan jadi seperti tiada roh atau semangat terhadap apa yang kiita hendak lakukan.

Ini adalah penting lebih-lebih lagi bila kita berniaga kerana kita akan letak kan minat, wang, masa dan komitmen untuk pastikan apa yang kita jalankan berjaya.

12 CONTOH hobi yang anda boleh jadikan sumber pendapatan.

  • Membaca dan menulis
  • Memasak dan membuat kek
  • Menjahit
  • Mengasuh kanak-kanak
  • Melukis
  • Berkebun
  • Mengambil gambar
  • Membuat program komputer
  • Mengajar kanak-kanak atau dewasa
  • Bercerita
  • Buat kraftangan
  • Mengemas

Kalau kita nak mulakan hobi sebagai perniagaan kena belajar buat cara buat pemasaran yang tidak ‘hard sell’.

Mula dengan kongsi hasil kerja dan pencapaian yang kita telah capai di sosial media supaya lebih ramai orang boleh lihat sebagai bukti ini memang hobi kita sebenarnya.

Jangan campur aduk akaun peribadi dengan hobi yang kita nak jadikan perniagaan itu.

Kempen pemasaran ini perlu dijalankan secara konsisten supaya orang boleh lihat dan nampak selalu.

Lepas kita dah selesa, baru la menjual dengan strategi pemasaran yang kita dah rancang.

Jangan berniaga dengan tiada rancangan.

Nanti kita penat apa yang kita buat, tiada hasil.

Saya harap perkongsian kali ini memberi manafaat untuk kita semua dan semoga kita jumpa lagi.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s