Cari Mentor Untuk Bantu Anda

Apa itu mentor?

Menurut Kamus Cambridge

Mentor adalah seseorang yang berpengalaman dalam pekerjaan dan menyokong dan menasihati seseorang yang kurang berpengalaman untuk membantu mereka mengembangkan sesuatu pekerjaan atau perniagaan.

Hubungan dua hala yang wujud antara mentor dan anda boleh jadi sama ada dalam bentuk berbayar atau tidak. Ia terpulang kepada kontrak sosial antara kedua nya.

Mengapa perlukan mentor?

Terutama apabila anda dalam fasa permulaan, anda kurang ilmu dan pengalaman dalam mengendalikan perniagaan. Mentor dapat bekerjasama dengan anda dan memberikan anda tunjuk ajar, rangka kerja dan langkah-langkah yang dapat bantu anda kurangkan kesilapan dalam perniagaan anda. Mereka ini selalunya telah berjaya dalam sesuatu bidang dalam perniagaan dan anda jadikan mereka mentor untuk anda tauladani.

Saya petik beberapa contoh kejayaan usahawan dan mentor mereka yang mungkin memberikan inspirasi kepada kita semua.

  • Mark Zuckerberg, Co-Founder and CEO, Facebook mempunyai Steve Jobs sebagai mentor
  • Bill Gates, Founder and Technology Advisor, Microsoft mempunyai Warren Buffet sebagai mentor
  • Richard Branson, Founder, Virgin Group mempunyai Sir Freddie Laker (founder British Airline), sebagai mentor

Ketiga – ketiga ikon usahawan yang berjaya ini pula sekarang menjadi mentor kepada usahawan yang lain supaya mereka dapat menyumbang kembali dalam ekosistem.

Lima (5) Sebab Kenapa Anda Memerlukan Mentor?

Menarik satu artikel yang saya baca daripada entrepreneur.com dan saya ingin kongsi semula di sini.

  1. Mentor sebagai kompas anda

Pada awal perniagaan anda mungkin dilambakkan dengan pelbagai tugas untuk dilaksanakan dan pada ketika ini jika anda tidak mempunyai kompas, anda akan kepenatan macari hala tuju. Tidak pasti mana yang anda nak berikan tumpuan.

Jadi mentor dapat memberikan tunjuk ajar dan panduan apa yang perlu supaya anda tidak keseorangan. Mereka telah melalui fasa yang anda lalui dan pengalaman mereka adalah sangat berharga. Selain dapat memberikan anda sudut pandang yang berbeza, anda boleh berkongsi masalah dan meminta pandangan mereka.

2. Mentor memberikan anda pandangan yang tidak berat sebelah

Berbeza dengan ‘coach’, hubungan anda dengan mentor seumpama rakan pembimbing anda sepanjangan perjalan perniagaan anda. Ada kejayaan mereka yang anda boleh adaptasi dalam perniagaan anda dan mereka mampu memberikan anda maklumbalas yang lebih telus mengenai apa yang mereka nampak dalam perniagaan anda.

3. Mentor bantu dalam penetapan sasaran

Anda akan nampak kejayaan anda dengan lebih jelas bila anda ada sasaran yang ingin anda capai. Anda ada sasaran besar dan kecil yang ingin anda capai dan mentor boleh bersama anda sepanjang perjalanan ini. Hakikatnya, bila kita tahu yang kita ada mentor bersama kita, keyakinan kita akan meningkat dan minda kita lebih positif untuk capai apa yang kita mahu capai.

4. Mentor mampu bantu anda dapatkan dana

Jika mentor anda adalah seorang yang berpengalaman dan mempunyai reputasi yang dikenali ramai, peluang anda untuk dapatkan dana adalah sedikit cerah. Saya merujuk kepada dana daripada sumber bukan institusi kewangan yang tidak membuat penilaian secara konventional.

5. Mentor bantu anda supaya tidak lakukan apa yang orang lain dah buat

Sudah tentu bila kita ada mentor dalam perniagaan kita mahu sesuatu yang berbeza untuk kita capai lebih-lebih untuk kekal bersaing dalam pasaran.

Kadang tu bila kita asyik nak buat perniagaan dan buang banyak masa pada fasa ‘ideation’ sebenarnya kita tak perasan dah ramai usahawan lain buat perkara ini. Akhirnya kita tak kemana tapi masih menawarkan sesuatu yang sama kepada pelanggan tanpa ada sesuatu yang berbeza daripada yang lain. Jadi ini lah fungsinya mentor, mereka mungkin orang lama tapi pengalaman dan pengetahuan yang mereka tahu bantu anda supaya dapat elakkan buat perkara yang saya sebutkan tadi.

Saya berharap ini adalah perkongsian yang memberi manafaat kepada kita semua dan semoga kita berjumpa lagi di artikel yang akan datang.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s