Jual kepada pelanggan yang TERDESAK

Minggu ini saya berkesempatan bertemu idola saya Professor Thomas Hellman yang merupakan seorang guru kepada usahawan permulaan yang tersohor di University Oxford. Dalam sesi pada hari itu kami berbincang mengenai banyak perkara dan salah satu daripadanya adalah menjual kepada pelanggan yang terdesak.

Persoalannya mengapa?

Kita mahu transaksi perniagaan berlaku dengan segera, iaitu produk atau perkhidmatan yang kita tawarkan kepada jualan.

Pelanggan yang terdesak juga adalah pelanggan yang benar-benar hendak atau mahukan produk kita dan mereka tidak berada lama dalam fasa pertimbangan mahu beli atau tidak.

Jangan lakukan tiga (3) perkara ini ketika menjual

  1. Taktik manipulasi maklumat produk atau produk untuk raih perhatian pelanggan

2. ‘Hard sell’ atau paksa pelanggan beli dengan cara yang buat mereka tak selesa

3. Berikan janji demi janji yang tidak pasti mengenai keberkesanan produk atau perkhidmatan anda

Lima (5) langkah Buat Pelanggan Terdesak Membeli daripada Anda

Saya nak kongsikan artikel menarik daripada inc.com mengenai bagaimana lima (5) cara yang membuatkan mereka mahu membeli daripada anda.

  1. Transformasi

Ini bermaksud perubahan yang jelas yang ditawarkan oleh anda melalui produk atau perkhidmatan anda sebelum dan selepas.

Ini selalu kita lihat dalam produk kecantikan dan penjagaan kesihatan yang apabila pelanggan menggunakan dalam satu jangka masa tertentu ada perubahan pada bentuk tubuh dan muka mereka.

2. Motivasi

Mendalami kehendak pelanggan dan tawaran anda sesuai dengan apa yang mereka kehendaki ketika ini.

Ini memerlukan kebijaksanaan anda kerana anda perlu cari jurang yang akan dapat anda dapat isi sebagai satu penyelesaian kepada permasalahan dan keinginan pelanggan.

Selalunya antara motivasi utama seseorang adalah didorong kerana keluarga, keyakinan diri, pengiktirafan sosial dan juga ‘purpose’ dalam kehidupan.

3. Mekanisma

Apakah mekanisma atau jentera / cara yang menyebabkan transformasi itu berlaku?

In perlu dijelaskan supaya pelanggan yakin anda dapat membantu mereka.

Berapa lama mereka perlu ambil produk atau perkhidmatan anda?

Apa yang perlu mereka lakukan untuk pastikan mereka dapat hasil yang mereka inginkan?

4. Bukti

Ini adalah bahagian di mana pelanggan dapat melihat dengan mata kepala mereka sendiri yang anda memang benar-benar bercakap benar.

Jika anda boleh berikan contoh testimoni dan maklumbalas pelanggan yang telah mendapatkan produk atau perkhidmatan anda, ia akan menjadi satu panduan untuk pelanggan yakin kepada anda.

Lebih-lebih lagi jika testimoni itu datang daripada orang yang mereka kenali seperti artis kesayangan mereka, keluarga terdekat, rakan-rakan mereka dan sesiapa sahaja yang ‘familiar’ buat mereka.

5. Kempen

Ini adalah satu kaedah untuk menjayakan semua langkah di atas yang mana anda memberikan tempoh masa tertentu dan terhad untuk mereka membeli daripada anda.

Ada yang membuat diskaun untuk pembelian terawal atau pakej yang lebih murah dan di ‘bundle’ dengan suatu tempoh yang agak panjang. Ini memberikan pelanggan satu emosi untuk segera membuat pembelian.

Saya berharap perkongsian di atas memberi manafaat kepada kita semua dan kita kena ambil pusing kerana hari ini pelanggan ada banyak pilihan dan anda hanya salah satu daripada ribuan pilihan yang mereka ada.

Sampai kita jumpa lagi nanti.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s