Memulakan perniagaan merupakan sesuatu yang mengujakan bagi kita semua. Pada awal fasa penubuhan ramai yang akan fokus terhadap operasi untuk memastikan semuanya berjalan lancar. Apatah lagi apabila aktiviti pemasaran pula membuahkan hasil dan pelanggan membeli tidak henti-henti.
Walau bagaimana pon, penting untuk kita membuat perancangan awal supaya kita dapat menabung dan bersedia untuk menghadapi cabaran yang melibatkan aliran kewangan nanti.
Photo by Bich Tran on Pexels.com Photo by Karolina Grabowska on Pexels.com
Bagaimana merancang kewangan anda?
- Sediakan sasaran kewangan anda.
Kena ada sasaran yang anda hendak capai supaya anda jelas berapa jualan yang anda hendak capai dalam tempoh setahun, suku tahun, bulanan dan harian. Bukan sahaja jualan, bebanan kos yang anda boleh ‘absorb’ supaya kewangan syarikat berada dalam tahap yang memuaskan.
2. Fahamkan asas kewangan syarikat
Sebagai pemilik perniagaan ilmu kewangan syarikat perlu ada. Perkara asas apa itu penyata kewangan , penyata imbangan dan penyata aliran tunai. Jika kita tak faham apa maksud yang tersirat untuk perkara asas tadi, kita akan celaru macam mana nak rancangan kewangan kita.
Saya cadangakan cari kelas dan belajar asas kewangan syarikat. Banyak kelas yang dijalankan di luar dan banyak juga yang percuma untuk tolong usahawan. Jangan cakap psal kelas online, tak terkira dengan jari banyaknya. Ambil peluang untuk lengkapkan diri dengan ilmu kewangan ini.
3. Buat simpanan untuk hari hujan
Hari tak selalu cerah dan bila hujan, ada perniagaan yang terjejas. Tiada jualan bermaksud tiada pendapatan. Ada banyak lagi contoh yang kita boleh kaitkan dan keadaan di mana kita berada hari ini juga banyak cabaran untuk perniagaan beroperasi seperti biasa.
Oleh itu, mempunyai rizab simpanan untuk tempoh minimum 6 bulan perlu ada dalam sasaran kita supaya kita boleh bertahan apabila keadaan luaran yang berlaku di luar daripada kawalan kita. Apabila kita sudah cecah 6 bulan, cuba gandakan dan gandakan supaya kita boleh menyimpan untuk minimum lebih satu tahun pula.
4.Buat Belanjawan dan Perancangan Cukai
Membuat persediaan awal untuk jumlah cukai yang akan kita tanggung amat penting dalam pengurusan kewangan anda. Ia sangat berkait rapat dengan belajawan kita juga yang kita rancang sepanjang tahun. Jika kita berapa mahir, cari penasihat cukai yang boleh bantu anda atasi kekurangan ini kerana ini adalah bidang mereka.
Boleh rujuk sedikit maklumat mengenai cukai artikel ini yang saya dapati mudah untuk di fahami.
Klik di sini.
Sampai jumpa lagi dan semoga perkongsian ini memberikan manafaat buat kita semua.