Di mana ada kemahuan, di situ ada JALAN

Banyak perniagaan yang terkesan akibat keadaan ekonomi yang sangat terhad akibat pandemik. Ramai yang mengeluh tidak mampu berbuat apa dengan tanggungan yang mereka hadapi.

Malah ada juga yang berputus asa dan memilih untuk tidak berbuat apa.

Walau bagaimana pon, ini bukan satu cara ke arah keluar daripada permasalahan kecuali kita berusaha ke arah penyelesaian.

Setiap perniagaan melalui pelbagai fasa kitaran perniagaan yang membolehkan seseorang itu kekal bertahan dan bersaing dengan yang perniagaan yang lain. Ini juga tidak mustahil jika seseorang yang telah lama berniaga kembali semula ke fasa permulaan (startup) apabila beliau menceburi perniagaan yang baru.

Apa yang anda boleh pertimbangkan untuk fokus kepada penyelesaian?

  1. Semak kedudukan kewangan perniagaan anda

Adakah kewangan anda berada dalam situasi yang selesa atau tidak selesa. Jika tidak selesa, analisa dimana kebocoran atau pendarahan teruk yang ada hadapi. Contohnya, pemiutang mengambil masa yang cukup lama untuk membuat pembayaran kepada anda yang menyebabkan kitaran wang modal pusingan anda terjejas.

Mungkin ini adalah masa untuk anda tambah segmen pelanggan dan tidak bergantung kepada satu hala sahaja. Contohnya, jika sebelum ini anda hanya menjual kepada pembekal atau pemborong (B2B) sekarang anda juga boleh buka kepada pelanggan runcit (B2C).

2. Teliti kedudukan operasi perniagaan anda

Suka atau tidak, banyak perniagaan yang maju dan dapat bersaing dengan baik di pasaran adalah yang mempunyai sistem pengurusan tempahan, kawalan stok dan perkhidmatan pelanggan yang cemerlang dan efisen.

Pelanggan sekarang lebih bijak dan kebanyakkan mereka terdiri daripada yang sudah bijak menggunakan peranti untuk membuat pembelian. Mereka juga akan membuat carian dan ‘review’ mengenai perniagaan anda sebelum mereka membuat keputusan pembelian.

Oleh itu, anda boleh pertimbangkan untuk automasikan sistem tempahan dan pengawalan stok supaya anda boleh fokus kepada memberikan perkhidmatan yang cemerlang kepada pelanggan. Kini banyak solusi digital yang murah dan anda boleh ambil dengan kos langgangan yang tidak membebankan anda.

3. Teliti keberkesanan pemasaran anda

Pemasaran adalah merupakan nadi kepada sesuatu perniagaan selain daripada kewangan. Pemasaran hari ini juga lebih menarik kerana adanya kehadiran digital. Walau bagaimana pon, ada banyak keadaan di mana pemasaran sekadar memberi kesedaran kepada pelanggan mengenai produk / perkhidmatan kita. Ia tidak langsung membantu membuatkan pelanggan membeli.

Persoalannya kenapa pemasaran kita tidak memberi hasil

a. Sasaran pelanggan kita tidak jelas

b. Tiada pemantauan kepada target yang kita nak capai. Anda berharap ‘luck’ anda sahaja boleh jual semua.

c. ‘Hard Selling’ yang membuat pelanggan nampak anda terdesak

d. Tidak konsisten yang menyebabkan pelanggan kadang-kadang lihat iklan anda

e. Tidak faham apa itu corong jualan atau ‘sales funnel

Secara jujurnya, empat perkara di atas boleh anda jadikan satu senarai semak untuk anda mulakan sebagai langkah anda cari jalan kepada kemerosotan perniagaan anda.

Berharap kepada bantuan dan sokongan sahaja tidak cukup apabila peniaga sendiri tidak jelas aspek yang mana satu beliau harus berikan tumpuan.

Di harap artikel di atas dapat memberikan anda satu sudut baru untuk anda terus maju menempuh situasi yang serba mencabar ini.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s